Mitsuoka Viewt 2023 - ini sebenarnya Toyota Yaris!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsuoka Viewt merupakan kereta subkompak yang dihasilkan oleh pengeluar Jepun dengan rupa paras retro yang diinspirasikan daripada model Jaguar Mark 2 1963.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika tiga generasi terdahulu menggunakan asas daripada Nissan March, Mitsuoka kali ini cuba mengubah selera dengan menggunakan model hatchback segmen B Toyota Yaris pasaran Eropah.
 

viewt


Generasi keempat Mitsuoka Viewt Story ini masih lagi menggunakan elemen penggayaan daripada Jaguar Mark 2 dengan membawakan lampu depan berbentuk bulat, jeriji yang besar, rim keluli, bampar krom, serta unit lampu belakang juga berbentuk bulat.

Susun atur ruang kabin juga adalah hampir sama dengan model asal Toyota Yaris.
 

viewt


Namun, selari dengan imej yang dibawakan, Mitsuoka Viewt Story menampilkan upholsteri baharu beserta dengan pilihan warna yang menarik, sementara logo Toyota pada roda stereng telah digantikan dengan pembina koc tersebut.

Di Jepun, Mitsuoka Viewt Story dijual pada harga bermula ¥3,080,000 (RM101,837), jauh lebih mahal dibandingkan dengan harga asas Toyota Yaris (dari ¥1,470,000 atau RM48,604).

Versi hibrid dengan sistem pacuan semua roda pula dijual pada harga bermula ¥4,202,000 (RM138,935).