Mitsuoka RockStar - kereta sports terkini dengan penggayaan klasik Corvette C2

oleh Mohamad Hanif|
Buat mereka yang menginginkan sebuah Chevrolet Corvette klasik akan tetapi masih mahukan teknologi terkini dalam kereta idaman anda, sebuah syarikat pakar mereka kenderaan ada jawapan untuk anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mitsuoka yang sebelum ini terkenal dengan kepakaran menukar rekaan asal kereta penderma kepada seni bina zaman Melayu Melaka dan pemerintahan dinasti Cina, telah membina "Chevrolet Corvette" Rock Star menggunakan asas daripada sebuah roadster daripada Mazda, Mazda MX-5. 

 


Bermula daripada bahagian hadapan, front fascia kereta sports kecil Mazda itu menerima rekaan inspirasi Corvette seperti bumper krom, dan juga lampu utama berbentuk bulat. 
 


Rekaan tersebut kemudian diteruskan kepada hud enjin yang berliang, quarter panel baharu serta lampu belakang rekaan retro berbentuk bulat. 
 


Sebagai sebuah syarikat pakar, mereka tidak membiarkan bahagian dalaman kekal standard tanpa sebarang perubahan, malah mereka turut menawarkan beberapa pilihan kustom terhadap trim pintu, tempat duduk balutan kulit serta tambahan pakej kulit pada bahagian yang dikehendaki oleh para pelanggan. 
 


Walaupun Rock Star mempunyai penggayaan ala Corvette yang klasik, ia tidak didatangkan dengan enjin Corvette 5.3 liter bentangan V8 berkuasa 250 hp dan 360 hp itu, sebaliknya Mitsuoka mengekalkan enjin 1.5 liter SKYACTIV-G yang mampu menghasilkan 130 hp dan 152 Nm daya kilas maksimum sebelum digandingkan kepada transmisi manual atau auto enam kelajuan. 

Ditawarkan dalam enam warna yang menarik, harga jualan Rock Star di Jepun bermula dari ¥4,688,200 (RM173,640++) sehinggalah kepada varian premium ¥5,183,600 (RM191,974++) tidak termasuk pilihan naik taraf pakej yang ditawarkan oleh Mitsuoka. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas kehadiran model Viewt (Yaris) dan Himiko (Miata), Mitsuoka kini tampil dengan sebuah model…
Berita Global
Namun, hal ini tidak tertakluk kepada Mitsuoka, di mana mereka sangat terkenal membina kereta…