Model tersebut dibina berdasarkan sambutan ulang tahun Mitsuoka Motor yang ke-55 tahun sejak ia ditubuhkan pada tahun 1968.
Biarpun membawakan rupa luaran seakan sebuah Dodge Challenger, M55 Concept sebenarnya dibina menggunakan asas daripada hatchback Civic FL1.

Model tersebut telah dipamerkan di beberapa lokasi, dan ternyata sambutan yang diterima oleh umum adalah sangat baik, di mana rata-ratanya mahukan model M55 Concept tersebut direalisasikan.
Berdasarkan reaksi yang positif, Mitsuoka Motor membuat keputusan untuk menghasilkan M55 Concept, dan ia bakal dilancarkan secara rasmi menjelang tahun 2025.
Menurut Mitsuoka, M55 Concept disasarkan kepada generasi yang telah hidup selama 55 tahun, sebaya dengan umur syarikat tersebut.

"Ini merupakan kali pertama kami mendapat kesempatan untuk menerima maklum balas secara terus daripada ramai pengguna, baik yang muda atau yang tua, lelaki dan perempuan.
"Kami telah mendengar galakan daripada semua pihak untuk mengkomersialkan produk ini, dan kami sangat berterima kasih ke atas sokongan penuh semangat yang kami terima sepanjang acara pameran berlangung.
Buat masa ini, spesifikasi penuh M55 Concept masih lagi belum diketahui.

Besar kemungkinan ia akan mengekalkan ciri yang telah ditawarkan pada model Civic Hatchback FL1, seperti enjin 1.5 liter turbo, padanan transmisi manual, selain mengekalkan elemen rekaan luaran dan dalaman yang unik seperti yang diperlihatkan sebelum ini.
Baca: Dodge Challenger? Bukan, ia sebuah Mitsuoka M55 Concept, guna asas Civic FL1