Mitsuoka Buddy laku habis - 200 unit terjual dalam 4 hari, tempahan kedua dibuka 2023!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Mitsuoka Buddy hadir dengan rupa paras yang agak retro disebalik platform TNGA Toyota RAV4, namun ia bukanlah satu penghalang golongan sasaran untuk memilikinya di mana SUV itu telah pun habis terjual dalam masa empat hari sahaja!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana pada awalnya, Mitsuoka hanya merancang untuk menjual kira-kira 200 unit sahaja dengan tempoh produksi dalam masa dua tahun.
 


Namun bagi mereka yang berminat, Mitsuoka akan mula menerima tempahan apabila produksi kumpulan kedua bermula pada tahun 2023 nanti.

Bahagian hadapan Buddy ini mengingatkan kita kepada model SUV 1990-an Chevrolet Tahoe dengan gril krom yang besar, dan rekaan lampu utama berlapis.

 


Sementara lampu belakang asal juga telah dibuang jauh-jauh ke tengah lautan dan digantikan dengan unit baharu dengan rekaan menegak, serta penambahan elemen baharu krom pada bumper.

Dari segi kuasa, Mitsuoka Buddy mengekalkan penggunaan enjin Toyota berkapasiti 2.0 liter petrol (171 PS) yang khusus untuk tiga varian terendah dan enjin hibrid 2.5 liter (178 PS) untuk dua varian tertinggi.

Di Jepun, harga jualan Buddy bermula dari $45,000 (RM183 ribu), kira-kira $20,000 lebih mahal berbanding sebuah RAV4 standard, sementara model hibrid pula dijual pada harga $56,000 (RM228,228).

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, hal ini tidak tertakluk kepada Mitsuoka, di mana mereka sangat terkenal membina kereta…