Mitsubishi Xpander versi facelift dikesan di Jakarta!

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS 2021) yang bakal berlangsung November ini, laman automotif Indonesia nampaknya berjaya mengesan kelibat MPV Mitsubishi Xpander berwajah baharu muncul di jalanan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Autonetmagz, model facelift Xpander itu dilihat sedang menjalani proses penggambaran di Jakarta mendahului pelancaran dalam masa terdekat.

Antara perubahan yang dikesan adalah rekaan pada lampu utama yang dikemaskini, lampu DRL, serta rekaan bampar belakang yang menjadi sedikit agresif, diikuti dengan rekaan rim serba baharu.
 

render
gambaran artis, sumber Zigwheels


Apa yang mengejutkan adalah kehadiran model facelift dalam tempoh masa yang singkat, memandangkan Xpander baharu sahaja diberikan model facelift pada tahun lalu.

Nantikan saja info lebih lanjut berhubung kehadiran model facelift ini dalam masa terdekat.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, Hyundai cuba untuk menyelit dengan memperlihatkan gambar acah sebuah MPV serba baharu yang…
Berita Global
Namun begitu, ia tidak pernah menghalang Mitsubishi Indonesia daripada terus mencatatkan pencapaian…
Berita Global
Menurut laporan daripada rakan media negara jiran Autonetmagz, gambar teaser itu dimuatnaik oleh…