Mitsubishi XPANDER dipasang di HICOM Automotive Manufacturers Sdn Bhd, dengan sasaran produksi sebanyak 6,000 unit per tahun.
Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai lokasi ketiga pemasangan XPANDER selepas Indonesia dan Vietnam.
Kilang tersebut turut mempunyai fasiliti baharu seperti Kilang Badan, Painting Jigs dan Tester Line, di mana XPANDER menjalani sesi Pre-Treatment dan Electro Deposition di dalam fasiliti pengecatan paling maju di ASEAN.
Dalam proses ini, sebuah lapisan primer diaplikasikan menggunakan tenaga robot dan dikeringkan sebelum dicat semula dengan beberapa lapisan terakhir.
MMM turut menempatkan juruaudit yang bertauliah di fasiliti tersebut bagi memastikan kualiti pemasangan memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh Mitsubishi Motors.
Semenjak diperkenalkan di Indonesia, XPANDER (termasuklah XPANDER CROSS) menerima sambutan yang cukup baik disebabkan pakej yang futuristik, selesa dan prestasi pemanduan.