Mitsubishi Xpander Hybrid bakal muncul 2023 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Pihak PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) dilapor akan melancarkan beberapa buah model baharu di negara itu menjelang tahun hadapan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Menurut laporan daripada Autofun, langkah itu dibuat sebagai satu bukti komitmen Mitsubishi untuk menjadikan Indonesia sebagai lokasi produksi utama bagi segmen kenderaan penumpang dan kenderaan komersial ringan.

Antara model yang disebut-sebut bakal muncul adalah Xpander Hybrid yang akan memulakan fasa produksi massanya pada tahun hadapan.

Dengan kemunculan Xpander Hybrid, ia dilihat mampu memberikan saingan kepada model MPV tiga baris tempat duduk Ertiga Hybrid yang dilancarkan oleh Suzuki sebelum ini.
 

asx


Selain daripada Xpander Hybrid, Mitsubishi juga akan tampil dengan dua buah model SUV baharu, satu daripadanya akan menjadi pesaing kepada Honda HR-V (SUV segmen B) dan sebuah lagi bakal memberikan tentangan kepada Toyota Raize/Daihatsu Rocky (SUV segmen A).

Difahamkan, dua buah model SUV baharu Mitsubishi ini akan muncul menjelang tahun 2024-2025, berkemungkinan besar hadir dengan trenkuasa hibrid.

Sumber: Autofun ID

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi pengayaan, XPANDER membawa reka bentuk sedia ada ke peringkat seterusnya, memberikan rupa…
Berita Domestik
Tamat kempen sebulan itu menyaksikan penyampaian baucar perjalanan RM10,000 kepada pemilik XPANDER…
Berita Domestik
Dalam meraikan kejayaan yang luar biasa ini, syarikat telah melancarkan kempen menarik untuk…