Dari segi pengayaan, XPANDER membawa reka bentuk sedia ada ke peringkat seterusnya, memberikan rupa yang lebih mantap dan dinamik.
Ia tampil dengan unit pencahayaan utama dan belakang dengan sepenuhnya LED, mengikut peredaran trend automotif terkini.
Manakala pada bahagian belakang MPV ini, ia kini menampilkan bentuk lampu baharu, tambahan spoiler belakang, dan sentuhan bampar untuk mencerminkan kecanggihan dan gaya hidup aktif.
XPANDER tampil dengan jarak lega bumi pada 225mm yang merupakan juga terbaik dalam kelasnya serta ruang dalaman terbaik dalam kelas 837 liter dengan tempat duduk baris kedua dilipat.
Ia turut didatangkan dengan perakam video pemanduan belakang dan brek letak kenderaan elektrik yang meningkatkan keseluruhan kemudahan memandu.
Pada sudut dalaman, XPANDER tampilkan paparan infotainmen 9 inci yang menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto dan paparan 4.2 inci TFT LCD berwarna sebagai visual pemandu.
Selain itu, ia turut ditampilkan dengan pad pengecasan tanpa wayar, kerusi balutan leatherette, scuff plate, dan door visor.
Pada unit trenkuasa, ia menggunakan enjin 1.5liter MIVEC DOHC yang mempunyai kuasa output 105PS pada 6,000rpm dan 141Nm tork pada 4,000rpm yang dipadankan dengan transmisi empat kelajuan automatik.
MITSUBISHI XPANDER 2024 kini mula dibuka untuk tempahan hari ini dengan anggaran harga pengenalan RM115,000, untuk masa terhad sahaja.
Mitsubishi Motors juga berasa teruja untuk mengumumkan pelancaran “Festival Jenama Pandu Ambisi Anda”, meraikan aspirasi pelanggan yang dihargai.
Orang ramai boleh menantikan siri acara menarik dalam beberapa bulan akan datang.
Bersempena dengan prapelancaran XPANDER, MMM teruja untuk menawarkan perkara berikut:
• Harga pengenalan: Nikmati harga pengenalan istimewa RM115,000 untuk masa terhad sahaja.
• Tawaran Eksklusif: 500 pelanggan pertama yang menempah dan mendaftar XPANDER melalui Bilik Pameran Dalam Talian Mitsubishi akan menerima Naturehike Camping Wagon bernilai RM400.
• Acara dan aktiviti bilik pameran seluruh negara: Sertai kami untuk pelbagai acara dan aktiviti di bilik pameran Mitsubishi di seluruh negara bermula pada bulan September.
Pelanggan juga digalakkan untuk melawat semua bilik pameran pengedar sah MMM atau mengambil bahagian dalam acara bilik pameran untuk mengetahui lebih lanjut tentang XPANDER tujuh tempat duduk.
Untuk maklumat lanjut, dan untuk membuat tempahan untuk XPANDER, sila layari laman web MMM https://www.mitsubishi-motors.com.my/ atau pengedar sah MMM di seluruh negara.