Mitsubishi Xpander Cross - Xpander dengan elemen SUV yang lebih garang!

oleh Mohamad Hanif|
Sebentar tadi, Mitsubishi telah pun selesai melancarkan model terbaharu Xpander Cross yang membawakan elemen SUV kepada model standard MPV tujuh tempat duduk Xpander.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memandangkan Xpander Cross diproduksikan di kilang Krama Yudha, Cikarang Indonesia, model tersebut akan dipasarkan terlebih dahulu di negara tersebut sebelum ia memasuki pasaran negara ASEAN yang lain. 

 


Dari segi luaran, Mitsubishi Xpander Cross tampil dengan rekaan yang lebih agresif berbanding Xpander standard, di mana ia membawakan rekaan signatur Dynamic Shield, rekaan gril yang serba baharu serta skid plate yang diapit oleh sepasang lampu kabus. 

Pemasangan cladding plastik berwarna hitam adalah identiti wajib bagi sebuah crossover, dan dengan penambahan lebar 50 mm, ia secara tidak langsung menyerlahkan lagi imej garang Xpander Cross ini. 
 


Berbanding dengan Xpander standard yang hadir dengan rim 15 dan 16 inci, Xpander Cross pula didatangkan dengan rim aloi bersaiz 17 inci, sekaligus menyumbang kepada jarak kelegaan tanah 20 mm lebih tinggi (225 mm). 

Terdapat dua warna baharu ditawarkan pada varian Xpander Cross iaitu Graphite Grey dan Sunrise Orange, manakala trim dalaman pula didatangkan dengan warna gandingan hitam dan perang. 
 


Dari segi penawaran kuasa, enjin asal 4A91 berkapasiti 1.5 liter empat silinder sebaris itu masih lagi digunakan pada Xpander Cross, menghasilkan 105 PS dan 141 Nm daya kilas yang memacu roda hadapan menerusi transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat nisbah kelajuan. 

Harga jualan Xpander Cross versi manual bermula dari Rp 276 juta (RM81,311) manakala versi automatik bermula dari Rp 277 juta (RM81,605). 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rakyat Malaysia adalah dialu-alukan untuk menghadiri dan merasai sendiri keupayaan dan pengendalian…
Berita Domestik
MMM telah menjual 24,315 unit kenderaan dengan bahagian pasaran sebanyak 3.2 peratus yang…
Berita Domestik
Namun, sebuah model yang langsung tidak tersenarai, iaitu Hyundai Stargazer nampaknya telah pun…