Mitsubishi Xpander Cross 2023 muncul di Filipina, dari RM104k

oleh Mohamad Hanif|
Setelah diperlihatkan secara rasmi di acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS 2022) tahun lalu, crossover MPV Mitsubishi Xpander Cross akhirnya secara rasmi dilancarkan untuk pasaran negara jiran, Filipina.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding model Xpander standard, penampilan Xpander Cross ini ternyata lebih berani dan agresif.

Muka depan Xpander dipadankan dengan unit lampu utama LED berbentuk T, reka bentuk Dynamic Shield dengan kemasan krom bersegi, diikuti perumah lampu kabus berbentuk empat segi.
 

Xpander Cross


Bahagian belakang pula menampilkan rekaan bampar baharu, serta unit lampu belakang berbentuk T.

Dari segi dimensi, Mitsubishi Xpander Cross membawakan ukuran sepanjang  4,595 mm, lebar 1,790 mm, tinggi 1,750 mm dengan jarak kelegaan tanah masih lagi kekal 225 mm sama seperti Xpander standard.
 

Xpander Cross


Sementara kemasan ruang kabin pula terdiri daripada roda stereng balutan kulit, skrin kluster digital lapan inci, serta skrin infohibur tujuh inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Selain itu, pembeli juga boleh menikmati sistem pendingin hawa digital dengan ciri penyejukan maksimum, tempat duduk balutan kulit, slot pengecasan Type A dan Type C pada bahagian belakang, serta ruang penyimpanan barang di sekitar kabin.
 

Xpander


Mitsubishi Xpander Cross masih lagi mengekalkan nadi 4A91 MIVEC 1.5 liter dengan output kuasa 104.5 PS @ 6,000 rpm dan daya kilas 141 Nm @ 4,000 rpm, dipadankan dengan transmisi tunggal automatik empat kelajuan sahaja.

Ciri keselamatan standard yang ada pada Xpander Cross 2023 termasuklah ABS, kawalan kestabilan aktif, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki, cagak ISOFIX, brek parkir elektronik, kawalan jelajah serta ciri Active Yaw Control (AYC).
 

Xpander Cross


Harga jualan Mitsubishi Xpander Cross 2023 di Filipina bermula dari ₱1,328,000 (RM103,679).

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding dengan Xpander facelift, Xpander Cross facelift ini membawakan rupa paras yang lebih…