Mitsubishi Xpander 2022 facelift alami perubahan rekaan luaran, dalaman

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Gaikindo Indonesia International Auto Show, Mitsubishi melancarkan secara rasmi versi facelift bagi MPV tujuh tempat duduk terlaris mereka, Xpander.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding dengan model facelift (yang diperoleh pasaran Malaysia), perubahan pada Xpander kali ini cukup agresif, dimulakan dengan unit lampu depan LED penuh berbentuk T, lampu belakang juga dengan rekaan bentuk T yang lebih moden, kemasan sarang lebah pada bahagian bawah bampar dan tidak ketinggalan rim rekaan baharu bersaiz 17 inci.
 

xpander


Sementara ruang kabin juga turut mendapat perubahan, di mana papan pemuka menampilkan rupa dan susun atur yang lebih kemas, rekaan roda stereng baharu, panel kawalan iklim automatik dan suis brek parkir elektronik (EPB) menggantikan tuil brek yang besar itu.

Turut kelihatan penggunaan warna terang pada bahagian papan pemuka, konsol tengah dan juga tempat duduk.
 

Xpander


Selain daripada itu, Xpander masih lagi mengekalkan ciri yang terdapat pada model terdahulu, seperti ruang konsol tengah yang mampu memuatkan empat buah botol plastik.

Mitsubishi juga turut merombak kembali penawaran trenkuasa sedia ada, di mana unit transmisi automatik empat kelajuan kini telah digantikan dengan unit CVT yang menjanjikan penjimatan bahan api dan pengedaran kuasa yang lebih cekap.
 

xpander


Aspek pemanduan turut dibantu dengan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi - 220 hingga 225 mm namun aspek keselesaan masih lagi menjadi tumpuan perubahan kali ini.

Sumber: AutoIndustriya