Mitsubishi XPANDER 2020 - tempahan kini dibuka, pelancaran bulan depan!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini membuka tempahan bagi produk terbaharu mereka Mitsubishi XPANDER 2020, sebuah crossover tujuh tempat duduk.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi penawaran, Mitsubishi XPANDER hadir dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter MIVEC yang menghasilkan 105 PS dan daya kilas 141 Nm pada putaran enjin 4,000 rpm.

Sistem transmisi pula adalah jenis automatik empat nisbah kelajuan yang telah ditala bagi kuasa yang optimum dan menawarkan penjimatan bahan api.

 


Rupa luaran Mitsubishi XPANDER membawakan konsep Dynamic Shield menjadikan penampilannya yang lebih berani, serta membawakan kelengkapan seperti lampu hadapan LED, lampu posisi LED, serta lampu belakang jenis LED dengan iluminasi berbentuk L.

XPANDER memiliki dimensi 4,475 mm panjang, 1,750 mm lebar dan tinggi 1,730 mm dibantu dengan jarak antara roda sepanjang 2,775 mm yang menawarkan ruang kabin yang lebih besar dan luas untuk memuatkan sehingga tujuh orang pada satu-satu masa.

Ditambah pula dengan jarak kelegaan tanah setinggi 205 mm memudahkan pemanduan XPANDER terutama melalui jalan yang lebih mencabar.

 


Antara kelebihan yang ditawarkan oleh XPANDER adalah tempat duduk baris kedua dan ketiga yang boleh dilipat rata bagi memuatkan barangan sehingga 1,630 liter.

Terdapat juga ruang simpanan yang mencukupi seperti di bawah kerusi, kotak konsol tengah, serta kotak glove dua bahagian yang terdapat pada papan pemuka.

Untuk keselesaan, XPANDER didatangkan dengan corong pendingin hawa pada baris kedua bagi menyalurkan udara sejuk kepada penumpang belakang, serta sistem infotainmen 9 inci yang hadir dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

 


Melengkapi ciri yang terdapat pada XPANDER adalah komponen keselamatan yang hadir pada XPANDER merangkumi ciri seperti dua beg udara SRS, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Aktif, Bantuan Brek, Bantuan Mula Mendaki, serta Brake Override System (BOS).

MMM turut menawarkan pakej tambahan merangkumi sistem pemantauan keadaan sekeliling (ARM), Perakam Video Pemanduan (DVR) serta sarung tempat duduk kulit berwarna hitam.

 


Bagi mereka yang berminat, Mitsubishi XPANDER akan dipamerkan di lokasi seperti berikut:

  • Toppen Mall, JB (23-25 Oktober)
  • Ipoh Parade, Perak (29 Okt-1 November)

Tempahan untuk Mitsubishi XPANDER kini dibuka mendahului pelancaran rasminya yang  dijangka berlangsung pada November ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rakyat Malaysia adalah dialu-alukan untuk menghadiri dan merasai sendiri keupayaan dan pengendalian…
Berita Domestik
MMM telah menjual 24,315 unit kenderaan dengan bahagian pasaran sebanyak 3.2 peratus yang…
Berita Domestik
Namun, sebuah model yang langsung tidak tersenarai, iaitu Hyundai Stargazer nampaknya telah pun…