Mitsubishi XFC Concept versi produksi muncul Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi akan memperkenalkan sebuah model serba baharu yang dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN, Ogos nanti.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Besar kemungkinan ia merupakan versi produksi kepada model XFC Concept yang diperlihatkan sebelum ini berdasarkan persamaan yang boleh didapati pada rekaan unit lampu utama LED model tersebut.
 

yamaha


Menariknya, SUV segmen B Mitsubishi yang masih belum mempunyai nama rasmi ini turut didatangkan dengan sistem audio yang dibangunkan oleh Yamaha!

Menurut Mitsubishi, XFC Concept ini direka untuk menawarkan pemanduan yang bersesuaian dengan keadaan cuaca negara-negara ASEAN, termasuklah empat mod pemanduan tersedia (Normal, Wet, Gravel, dan Mud).
 

yamaha


Spesifikasi lanjut seperti trenkuasa masih lagi dirahsiakan, namun ia dilihat bakal memberikan saingan secara terus kepada model-model seperti Mazda CX-3, Honda HR-V, Subaru XV, Toyota Corolla Cross serta Nissan Kicks.

SUV Mitsubishi ini akan dipamerkan secara rasmi di acara Indonesia International Auto Show, Ogos nanti.

Selain SUV, Mitsubishi juga dijangka akan memperkenalkan beberapa model baharu, seperti trak pikap generasi baharu Triton, hatchback Colt dan Xpander berkuasa hibrid pada tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi gambar teaser yang dibekalkan, model misteri itu membawakan ciri seperti logo Mitsubishi…
Berita Global
Balutan yang dibuat pada Delica Mini merangkumi keseluruhan badan kecuali bumbung, lengkung roda,…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, laman Automotive News mendedahkan model sedan dan hatchback segmen B…