Mitsubishi Vision Ralliart Concept - Outlander agresif dengan kit badan lebar

oleh Mohamad Hanif|
Kemunculan semula subjenama Ralliart diumumkan pada tahun lalu, dan ia dimulakan dengan kehadiran pelbagai jenis aksesori yang dihasilkan khusus untuk model Pajero Sport dan Triton untuk pasaran Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak mahu dicop sebagai jenama aksesori semata-mata, Ralliart kini tampil dengan sebuah model konsep baharu setelah teaser didedahkan beberapa minggu yang lalu.

Mitsubishi Vision Ralliart Concept - seperti yang anda lihat, ia merupakan sebuah Outlander PHEV (plug-in hybrid) yang jauh lebih agresif jika dibandingkan dengan model standard.
 

Outlander


Ini kerana Outlander PHEV ini digandingkan dengan rim futuristik bersaiz 22 inci, kit badan yang lebar, rekaan gril hadapan yang lebih sporti, rekaan bampar belakang dengan diffuser besar, serta lampu brek diinspirasikan daripada F1.

Tidak ketinggalan, kehadiran lencana Ralliart pada beberapa bahagian.

Tiada sebarang spesifikasi trenkuasa diumumkan, namun Mitsubishi mendakwa Outlander PHEV ini mempunyai output motor elektrik yang jauh lebih tinggi, kawalan empat roda (S-AWC) yang dipertingkat, serta kapasiti bateri yang lebih besar.
 

Outlander


Setakat ini, Vision Ralliart bertindak sebagai sebuah kajian konsep, namun menurut Mitsubishi, maklum balas daripada pelanggan akan digunakan untuk pembangunan produk masa hadapan.

Ini secara tidak langsung memberikan bayangan Mitsubishi mungkin akan menghasilkan SUV berorientasikan prestasi pada masa akan datang.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…