Mitsubishi Ultimate Thrills bakal pamer kehebatan XPANDER, Triton di Kelantan, Kedah

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia bakal menganjurkan acara outdoor Mitsubishi Ultimate Thrills di dua lokasi pada 25-26 Ogos ini di Kota Bharu, Kelantan, dan 8-9 September bertempat di Alor Setar, Kedah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rakyat Malaysia adalah dialu-alukan untuk menghadiri dan merasai sendiri keupayaan dan pengendalian mantap crossover tujuh tempat duduk XPANDER serta trak pikap Triton menerusi beberapa halangan yang direka khas.

Antaranya:

Mitsubishi XPANDER Obstacle Courses

xpander


Terdapat seksyen Devil’s Angle untuk menguji keupayaan XPANDER dengan jarak lega bumi setinggi 205 mm meredah halangan air.

Selain itu, pengendalian dan kelincahan XPANDER turut diuji di seksyen Side Traverse, sementara seksyen Roller Conveyor pula menguji kawalan cengkaman crossover ini di atas laluan yang licin atau tidak rata.

 

Mitsubishi Triton Obstacle Courses

xpander


Untuk peminat trak pikap, mereka boleh merasai keupayaan sebenar Triton menerusi seksyen Hill Slope, terutama ciri Hill Start Assist yang memudahkan urusan pemanduan ketika berada di laluan bercerun.

Selain daripada itu, fungsi Hill Descent Control juga turut diuji di seksyen Downhill Slope.

Terdapat juga cabaran Mud Pit dan Elephant Steps di mana Triton boleh menunjukkan keupayaan mod off-road, serta kemampuan Super Select 4WD II menawarkan tahap cengkaman optimum dan pengendalian untuk apa jua keadaan jalan.

MMM juga turut menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti berikut:
• pra-daftar menerusi laman web https://www.mitsubishi-motors.com.my/ultimate-thrills/ dan dapatkan baucar KFC bernilai RM10
• pandu uji dan dapatkan beg eksklusif Mitsubishi Motors Nature Hike Foldable Round Bucket
• pandu uji dan rebut peluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah (Nintendo Switch, G SHOCK, dan UV Disinfectant)
• aktiviti menarik, trak makanan dan aiskrim untuk dinikmati seisi keluarga

Mitsubishi Ultimate Thrills akan berlangsung pada 25-26 Ogos di Kota Bharu, Kelantan, bersebelahan Aeon Mall KB, diikuti di Alor Setar, Kedah, berhadapan dengan Mitsubishi Motors Authorized Showroom pada 8-9 September, bermula dari jam 10 pagi hingga 6.00 petang.