Mitsubishi UK mahu lelong 14 model, Evo VI Tommi Makkinen pun ada!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi UK mahu mencairkan aset di United Kingdom dengan melelong 14 buah kenderaan daripada fleet warisan mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Antara yang mencuri tumpuan adalah model pertama yang didaftarkan oleh Mitsubishi di United Kingdom, iaitu Mitsubishi Colt Lancer 1974, datang dengan enjin 1.4 liter, transmisi manual dan jarak perbatuan 118,613 km.

Selain daripada itu, terdapat juga model demonstrasi pertama yang digunakan iaitu Colt Galant 1974 yang hadir dalam varian premium 2000 GL dengan enjin 2.0 liter Astron yang menghasilkan 115 hp.

Bagi mereka yang mahu mencari kelainan, Mitsubishi UK turut menawarkan model berskala Mitsubishi Model A 1917 yang dibina berdasarkan model asal dan dikuasakan oleh enjin mesin rumput silinder tunggal.

 


Mitsubishi Model A merupakan model siri produksi pertama Jepun yang dihasilkan, namun daripada 30 kereta asal tiada satu pun yang berjaya diselamatkan.

Tidak mengejutkan apabila Mitsubishi turut menawarkan beberapa jenis model Evo dan kereta berprestasi tinggi untuk direbut seperti:

  • Mitsubishi Lancer Evo VI Tommi Makkinen Edition 2001
  • Mitsubishi Lancer Evo IX MR FQ-360 HKS 2008
  • Mitsubishi Lancer Evo X FQ-440 MR 2015
  • Mitsubishi Lancer Evo IX Group N Works Rally Car 2007
  • Mitsubishi Starion 1988
  • replika rali Mitsubishi Galant 2.0 GTI 1989
  • Mitsubishi 3000GT 1992

 


Selain daripada model-model yang disebutkan itu tadi, Mitsubishi UK mempunyai beberapa model kegunaan lasak seperti:

  • Mitsubishi Jeep CJ-3B 1979 (dilesenkan oleh Willys)
  • Mitsubishi Shogun 1987
  • Mitsubishi Shogun 2008
  • Mitsubishi Outlander PHEV 2015
  • Mitsubishi L200 Desert Warrior 2017 (pernah muncul di majalah Top Gear)

Lelongan akan bermula pada 1 April ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna tiada lagi kehadiran jenama tersebut untuk pasaran Eropah, namun bagaimana pula dengan…
Berita Global
Rekod itu berjaya mengalahkan catatan terdahulu dengan kelebihan sebanyak £1,100 (RM6,305). Lebih…
Berita Global
Namun, melihatkan kepada keputusan Mitsubishi untuk keluar dari pasaran Eropah, SsangYong melihat…