Menerusi varian tunggal Juro ini, Mitsubishi mendatangkan beberapa perubahan terutama pada bahagian hadapan yang diterapkan elemen Dynamic Shield, bumper belakang yang direka semula, lampu kabus hadapan, serta penawaran rim bersaiz 18 inci.
Untuk keselesaan para penumpang, ASX Juro hadir dengan sistem kawalan iklim, upholstery Grand Luxe yang didatangkan dengan pemanas kerusi terbina dalam, kawalan peluncuran (cruise control), serta sistem infotainmen Smartphone Link Display Audio yang turut hadir dengan pilihan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.