Mitsubishi Triton raih jualan tertinggi bulan September 2021, 1,521 unit

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia mengumumkan pencapaian jualan tertinggi bagi model trak pikap Mitsubishi Triton bagi bulan September 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang tempoh tersebut, MMM telah berjaya mengedarkan kira-kira 1,521 unit dengan pegangan pasaran sekitar 34 peratus di dalam segmen trak pikap.

Jika dibandingkan dengan tahun lalu, prestasi jualan Mitsubishi Triton meningkat sebanyak 5.1 peratus untuk separuh pertama tahun kewangan 21 (April-September 2021).

Malah, secara keseluruhan MMM turut mencapai pertumbuhan positif dengan jumlah jualan 6,907 unit, menjadikan pegangan pasaran bertambah daripada 1.7 peratus (April-September 2020) kepada 3.9 peratus (April-September 2021).

Mitsubishi Motors masih kekal di dalam kedudukan tiga tertinggi bagi jenama automotif bukan nasional di Malaysia.
 

xpander


Selain daripada itu, Mitsubishi XPANDER kini merupakan MPV bukan nasional terlaris dengan jumlah tempahan menghampiri 13,000 unit sejak pelancaran pada November tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, MMM telah berjaya mengedarkan 5,756 unit kepada para pemilik baharu.

Menurut CEO MMM, Tomoyuki Shinnishi menjelaskan, "setelah beberapa bulan berhadapan dengan situasi pasaran yang mencabar akibat COVID-19, pasukan MMM bekerja keras untuk meningkatkan produksi, masa pengedaran dan memenuhi tempahan yang tertunggak bagi model Triton dan XPANDER.

Dalam pada itu, Mitsubishi Motors bakal mengumumkan perkhidmatan baharu yang dinamakan sebagai Home Delivery Service bagi pelanggan yang membuat pembelian kenderaan baharu Mitsubishi, di mana pihak MMM akan menghantar sendiri kenderaan ke depan pintu rumah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…