Mitsubishi Triton PHEV sedang dalam pembangunan - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi baharu sahaja melancarkan trak pikap generasi baharu Triton beberapa bulan yang lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat masa ini, ia masih lagi ditawarkan dengan enjin diesel 2.4 liter (kod 4N16) dengan kuasa puncak 204 PS dan daya kilas 470 Nm.

Namun menurut laporan terbaharu daripada laman CarSales AU, seorang jurutera kanan Mitsubishi, Kaori Sawase mengesahkan pihaknya sedang membangunkan sistem plug-in hybrid (PHEV) untuk model Triton.

Sistem PHEV itu dikatakan tidak mempunyai kaitan langsung dengan sistem PHEV yang digunakan pada model Outlander, sebaliknya menggunakan sistem yang telah wujud pada model Jeep dan Land Rover.
 

EV


Difahamkan, sistem PHEV P2 itu menggandingkan motor elektrik 48 voltan yang membenarkan pemanduan elektrik tulen, dan boleh digunakan pada mana-mana model hibrid dan plug-in hybrid.

Sawase turut menjelaskan kenapa sistem yang digunakan oleh Triton itu berbeza berbanding sistem yang ada pada Outlander PHEV.

"Sehingga kini, teknologi PHEV kami ialah reka bentuk enjin melintang berdasarkan sistem pacuan roda depan atau semua roda.

"Namun, Triton mempunyai rekaan enjin menegak, dan jika dibandingkan dengan Outlander, tahap keupayaan pemanduan off-road juga nyata berbeza.
 

ev


Dalam temubual yang sama, Sawase dan seorang wakil jurucakap Mitsubishi mengesahkan pembangunan sistem plug-in hybrid diesel telah ditolak disebabkan oleh kos yang tinggi, biarpun ramai pelanggan 4x4 Mitsubishi mahukannya.

"Kami faham bahawa kami mempunyai permintaan daripada pelanggan untuk enjin PHEV diesel, namun dari segi kos, ia mustahil.

"Apabila kami meneroka pasaran, model PHEV petrol adalah lebih mudah untuk diperkenalkan di banyak pasaran. Model berenjin diesel sayang sekali sukar untuk masuk pasaran tertentu.
 

ev


Ketika ditanya berkenaan kemunculan Triton EV, Sawase mengunjurkan trenkuasa elektrik bateri untuk Triton dijangka tiba dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kami perlu menambahbaik prestasi motor elektrik sedia ada. Spesifikasi motor elektrik pada masa kini mempunyai kuasa puncak yang tinggi, namun kuasa berterusan yang mampu dihasilkan adalah rendah.

"Untuk memandu di laluan off-road seperti contoh pasir atau lumpur, kita memerlukan kuasa output yang berterusan. Dengan teknologi sedia ada, ia satu perkara yang sukar.

"Namun mungkin dalam tempoh lima tahun, berkemungkinan prestasi kuasa berterusan motor elektrik akan ditambahbaik.

Baca: Mitsubishi Triton 2024 generasi baharu

Sumber: CarSales AU