Mitsubishi Triton kuasai 28 peratus segmen trak pikap untuk tahun kewangan terkini 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan penguasaan pencapaian penguasaan pasaran 28 peratus untuk tahun kewangan terkini 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai makluman, tahun kewangan 2020 bagi MMM adalah bermula dari April 2020 sehingga Mac 2021.

Sementara itu, pasaran segmen trak pikap mencatatkan penurunan sehingga 45 peratus pada bulan Mei 2020 disebabkan situasi ekonomi yang mencabar pada ketika ini.

Namun, Mitsubishi Triton menjadi satu-satunya jenama trak pikap yang berjaya mencapai peningkatan pertumbuhan sebanyak 1.0 peratus dengan 483 unit trak pikap berjaya dijual pada bulan Mei 2020, jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pencapaian ini turut disumbangkan dengan penguasaan pasaran sebanyak 22 peratus atau lebih untuk lima bulan berturut-turut (Januari - Mei 2020), peningkatan sebanyak 17.8 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019.

Menurut Tomoyuki Shinnishi, CEO MMM berkata, "ketika sektor automotif masih berada dalam proses pemulihan daripada pandemik COVID-19, kami amat gembira dengan tahap populariti Mitsubishi Triton dengan penguasaan pasaran 28 peratus untuk tahun kewangan terkini 2020.

"Kami juga berasa amat gembira kerana trak pikap Triton hadir di dalam pakej trak utiliti yang boleh dipercayai bagi membantu para pelanggan menghadapi masa sukar," ujar beliau lagi.

Selain daripada itu, Mitsubishi Motors  Malaysia telah menjalankan beberapa langkah pencegahan bagi memastikan produk, perkhidmatan dan fasiliti kekal selamat untuk para pelanggannya.

Ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, MMM telah memperkenalkan perkhidmatan persembahan produk menerusi panggilan video, serta menyediakan khidmat pandu uji Test Drive 2U bagi memudahkan pelanggan menguji sendiri kenderaan Mitsubishi tanpa perlu hadir ke pusat pameran.

MMM juga akan memastikan kesemua pengedar yang bertauliah mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan di sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…