Mitsubishi Triton kini dengan kadar faedah 0.88% dengan Maybank

oleh SALINA JALIL|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menawarkan kadar faedah paling rendah sehingga 0.88 peratus untuk model Mitsubishi Triton yang eksklusif dengan pembiayaan daripada Maybank sahaja.


Promosi ini bermula dari sekarang sehingga 30 September 2019 sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pelanggan yang menempah serta mendaftar sebuah Mitsubishi Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton VGT MT Premium boleh memilih sama ada kadar faedah rendah sehingga 0.88 peratus (Maybank sahaja) atau rebat tunai:

 

No

Model Varian

Harga atas jalan tanpa SST (RM) Semenanjung Malaysia

 

Kadar Faedah atau Rebat

Jaminan

1

Triton VGT Adventure X

135,200

0.88%  ATAU RM4,000

 

 

Kesemua varian Triton didatangkan dengan jaminan 5 tahun atau 200,000km

 

2

Triton VGT AT Premium

118,600

0.88% ATAU 4,000

3

Triton VGT MT Premium

112,500

0.88% ATAU RM6,000

4

Triton VGT AT

105,990

RM4,000 rebat tunai sahaja

5

Triton VGT MT

100,200

4,000 rebat tunai sahaja

 

Triton VGT Adventure X kini didatangkan dengan Flying Sports Bar yang bergaya tanpa penambahan harga.

 

 

Pelanggan yang menempah serta mendaftar Mitsubishi Outlander 2.0L atau 2.4L akan menikmati rebat tunai sehingga RM6,000 dan RM4,000.


Outlander 2.0L ditawarkan pada harga RM137,888 manakala Outlander 2.4L berharga RM152,888 seunit.   


SUV kompak Mitsubishi ASX 4WD dan 2WD pula diberikan rebat tunai RM12,000 dan RM8,000. ASX 4WD ditawarkan pada harga RM133,336 dan ASX 2WD berharga RM118,866 seunit.

 

Outlander dan ASX hadir dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.