Mitsubishi Triton Facelift 2017 dilancarkan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), secara rasminya hari ini telah melancarkan Mitsubishi Triton 2017 model facelift terbaru. Triton baharu ini telah diberikan beberapa peningkatan dari segi imej serta ciri keselamatan yang lebih premium. [gallery columns="2" size="full" ids="27332,27337"] Triton terbaru ini telah didatangkan dengan tujuh beg udara SRS dan telah mendapat penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP bagi ujian kemalangan (untuk varian Adventure sahaja). Bagi sistem keselamatan, semua varian VGT (VGT, VGT Adventure dan VGT Adventure X) kini didatangkan dengan Sistem Kawalan Kestabilan Aktif (ASTC) dan kawalan cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Trailer Sway Control serta pengunci pintu pengesan-kelajuan automatik. [gallery columns="2" size="large" ids="27331,27341"] Pembaharuan untuk aksesori pada Triton ini pula adalah permukaan gril krom berwarna gelap pada bahagian hadapan serta pemijak sisi yang direka semula. Masuk ke dalam kabin pula, Triton 2017 telah didatangkan dengan roda stereng pelbagai-fungsi empat-jejari baharu yang dilengkapi dengan kawalan audio bagi menggantikan rekaan tiga-jejari pada model sebelumnya.  Tempat duduk pemandu juga kini dibaluti material kulit dengan lapan-larasan berkuasa dan kluster instrument yang dipertingkatkan. [gallery columns="2" size="large" ids="27335,27339"]   [gallery columns="2" size="large" ids="27333,27340"] Berikut adalah senarai harga bagi enam varian yang ditawarkan:
  1. Triton VGT Adventure X AT (5 speed Automatic)- RM130,900.00 (Impulse blue dan titanium grey)
  2. Triton VGT Adventure AT (5 speed Automatic)   – RM123,130.00 (Earth green, titanium grey dan pearl white)
  3. Triton VGT AT   (5 speed Automatic ) – RM114,400 (Pearl white, sterling silver dan titanium grey)
  4. Triton VGT MT    (6 speed Automatic) – RM 107,600.00 (Titanium grey dan sterling silver)
  5. Triton MT  (6 speed Automatic)  - RM93,920.00 (Pearl white dan sterling silver)
  6. Triton Quest MT  (6 speed Automatic) - RM77,390.00 (Pearl white)

Penawaran jaminan 200,000km had perbatuan atau lima tahun jaminan*(harga atas jalan termasuk GST, tanpa insuran).

[gallery columns="2" size="large" ids="27342,27343"] Triton ini dikuasakan dengan enjin 2.4L Mivec turbo-diesel, bagi semua varian VGT. Enjin baharu ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 181 PS pada 3,500 rpm dan tork maksima 430 Nm pada takat 2,500 rpm. Penggunaan bahan apinya juga dikatakan lebih memberikan penjimatan sehingga 15% berbanding enjin 2.5 liter. [gallery columns="2" size="large" ids="27344,27345"]