Mitsubishi Triton baharu dilancarkan - lima varian, bermula dari RM100,200 sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Setelah membuat penampilan rasmi pertama di acara Kuala Lumpur International Motor Show 2018, Mitsubishi Motors Malaysia akhirnya melancarkan trak pikap Triton baharu yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini. 

Merupakan unit import sepenuhnya (CBU) daripada kilang pemasangan di Thailand, Mitsubishi Triton kini menggayakan bahasa rekaan dynamic shield yang menjadi rekaan signatur Mitsubishi masa kini. 

 


Ini boleh dilihat pada bahagian luaran yang kini lebih gagah dan tegap berbanding generasi terdahulu, dimulakan dengan lampu utama yang lebih tipis manakala lampu indikasi dan kabus dialihkan ke bahagian bawah. 

Penumpang di belakang pula tidak perlu risau ketika cuaca panas ini kerana ruang dalaman pula menampilkan corong pendingin hawa pada baris kedua yang ditempatkan di bahagian bumbung, antara rekaan yang paling menarik pernah wujud pada trak pikap. 

Empat elemen utama ditekankan oleh Mitsubishi dalam membangunkan trak pikap Triton baharu ini, iaitu:

4Sure Power


Enjin aluminium turbodiesel 2.4 liter MIVEC mampu menghasilkan 181 PS dan daya kilas 430 Nm, terbaik di dalam kelasnya. 

Kuasa ini disalurkan dengan lancar menerusi transmisi automatik enam kelajuan yang telah dinaiktaraf atau manual, juga dengan enam nisbah kelajuan.
 

4Sure Control


Ciri Super Select 4WD II sangat sinonim dengan Mitsubishi, membolehkan pengguna memilih tetapan yang bersesuaian bagi memberikan kawalan cengkaman yang maksimum dan pengendalian yang meyakinkan. 

Terdapat empat mod off-road yang ditawarkan (Gravel, Mud, Sand dan Rock) dan empat seleksi pacuan (2H, 4H, 4HLc dan 4LLc). 
 

4Sure Agility


Rekaan ikonik garisan J pada Triton memberikan kadar pengendalian yang terbaik tanpa mengorbankan keluasan kabin mahupun ruang kargo. 

Jarak antara roda yang kompak memberikan radius pusingan terbaik di dalam kelasnya, iaitu 5.9 meter sahaja. 
 

4Sure Safety


Walaupun masih mengekalkan rekaan ladder frame dan struktur kabin yang asal, Mitsubishi telah menambah baik spesifikasi keselamatan termaju, seperti:

  • tujuh buah beg udara SRS
  • Front Collision Mitigation (FCM)
  • Blind Spot Warning with Lane Change Assist(BSW with LCA)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS)
  • Auto High Beam (AHB)

Kesemua ciri ini melayakkan Mitsubishi Triton memperoleh penarafan lima bintang penuh daripada ASEAN NCAP.

 


Mitsubishi Triton baharu ditawarkan dalam empat warna iaitu White Diamond, Jet Black Mica, Sterling Silver dan Graphite Grey Metallic. 

Senarai varian dan harga jualan pula adalah seperti berikut:

  • Triton Adventure X - RM135,200.00
  • Triton AT Premium - RM118,600.00
  • Triton MT Premium - RM112,500.00
  • Triton AT - RM105,990.00
  • Triton MT - RM100,200.00

Berita baik buat 1,000 pembeli pertama Mitsubishi Triton di mana mereka akan berpeluang menerima beg eksklusif edisi terhad THULE Subterra Luggage bernilai RM2,000.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S baharu ini menjadikan jaringan pengedar Mitsubishi Motors bertambah kepada 59…