Mitsubishi Triton Athlete diperkenal - Harga bermula RM126,990 seunit

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan varian pikap terbaharu mereka, Mitsubishi Triton Athlete.

Penawaran pikap baharu tersebut dilihat mampu membantu memperluaskan lagi portfolio pasaran Mitsubishi di Malaysia selain turut melengkapkan varian Triton kepada tujuh kesemuanya.

Kini, penawaran 'keluarga kecil' Triton terdiri daripada Mitsubishi Triton Quest, MT, VGT MT, VGT AT GL, VGT AT Premium dan VGT Adventure X tampak lebih meriah dengan kehadiran varian Triton Athlete baharu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai permulaan, hanya tona warna hitam (black mica) disediakan bagi varian berkenaan.

Harus diketahui, tag harga jualan asas diletakkan MMM bagi Mitsubishi Triton Athlete ini bermula serendah RM126,990 (termasuk 6 % GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran). Kenapa mahal sangat?

Sebenarnya, jika difikirkan harga yang ditawarkan adalah berbaloi dan bersifat kompetitif bersesuaian dengan ciri-ciri baharu yang ada pada pikap Triton Athlete baharu ini.

Jujur. Kewujudan ciri-ciri baharu ini sekali gus menonjolkan sisi sporty pada kerangka jenis Mitsubishi Motors Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) yang dimiliki pacuan empat roda baharu berkenaan bersesuaian dengan namanya.

Penerapan ciri baharu dimaksudkan adalah penggunaan hiasan bampar hadapan baharu, gril radiator hitam jenis honeycomb mesh, rim aloi 17 inci berwarna hitam, sport bar serta pelekat (decal) berwarna kelabu gelap dan oren.

Bukan itu sahaja, MMM turut menambah baik beberapa komponen lain termasuk hendal pintu, spoiler belakang dan pemijak sisi bagi varian Triton baharu ini.

Selesai melihat bahagian luaran pikap berkenaan, anda pasti terkejut apabila melihat bahagian dalaman Triton Athlete ini pula.

Menjengah ke kabin, pandangan lebih tertumpu kepada sistem infotainmen bersama ciri Apple Car play, sulaman 'Athlete' pada kerusi kulit dengan kombinasi hiasan berwarna hitam dan oren melatari bahagian dalaman pikap tersebut.

Selain itu, Triton Athlete turut dilengkapi ciri keselamatan lain seperti tujuh unit beg udara, Sistem Hantaran Kuasa Membrek Elektronik (EBD), Sistem Brek Berbantu (BA), Sistem Kawalan Cengkaman, Hill-Start Assist (HSA) dan Trailer Stability (TSA).

Sibuk bercakap soal ciri baharu dimiliki Triton Athlete, suka dimaklumkan bahawa pikap baharu ini digerakkan nadi enjin turbo (diesel) bersesaran 2.4 liter MIVEC yang berupaya menghamburkan kuasa maksima mencecah 181PS dan puncak tork tertinggi sehingga 430Nm.

Untuk makluman, pembelian unit Triton Athlete disertakan dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan sejauh 200,000 kilometer (km) tertakluk mana-mana tiba dahulu.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh dengan melayari laman web rasmi MMM di www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan di 1800-18-8161 (Isnin hingga Jumaat, kecuali Cuti Umum).

Dalam perkembangan sama, MMM turut sibuk mempromosikan varian SUV dengan tujuh tempat duduk baharu mereka, Mitsubishi Outlander selain mengumumkan bakal mengadakan siri jelajah ke seluruh negara sejurus selesai majlis pelancaran Mitsubishi Triton Athlete berkenaan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…