Hadir sebagai generasi keenam, Mitsubishi Triton 2024 kini hadir sebagai salah satu trak pikap terbaik di pasaran yang merangkumi naik taraf keseluruhan aspek.
Mitsubishi Triton 2024 datang dengan rekaan keseluruhan serba baharu dan naik taraf yang mentakrifkan semula nama Triton.
Bermula pada bahagian luaran, Triton baharu kini tampil lebih agresif dengan bahasa rekaan Beast Mode yang menjadikannya lebih garang.
Selain rupa yang lebih garang, Triton baharu juga kini lebih besar di mana varian double-cab memiliki dimensi sepanjang 5,360 mm (+55 mm), lebar 1,930 mm (+115 mm), tinggi 1,815 mm (+35 mm) dengan jarak antara roda sepanjang 3,130 mm (+130 mm).
Jarak lega bumi (ground clearance) pula adalah setinggi 222 mm yang membolehkan Triton baharu dipandu secara off-road dengan lebih mudah.
Menjadikannya serba baharu, Triton 2024 menggunakan platform ladder frame baharu dengan keluli tegangan tinggi (1,180 MPa) untuk meminimumkan penambahan berat badan.
Dari segi kuasa, Triton 2024 dikuasakan nadi baharu 4N16 2.4 liter yang dipertingkat untuk menghasilkan lebih kuasa dan cekap tenaga.
Untuk varian Athlete, ia menghasilkan sekitar 201 hp dan 470 Nm, sementara varian lain termasuk single-cab menghasilkan 181 HP dan 430 Nm.
Enjin baharu itu dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan atau pilihan transmisi manual enam kelajuan dengan teknologi shift-by-wire.
Sistem pacuan empat roda Super-Select 4WD-II lengkap untuk varian Athlete di mana ia menawarkan sehingga tujuh mod (Normal, Eco, Gravel, Snow, Mud, Sand dan Rock).
Triton Athlete juga didatangkan dengan sistem Active Yaw Control (AYC) baharu yang meningkatkan prestasi selekoh dengan menggunakan brek ringan pada roda hadapan semasa selekoh.
Sementara varian lain dilengkapi dengan sistem Easy-Select 4WD yang standard dengan pilihan 2H (pacuan roda belakang), 4H (differential tengah berkunci), dan 4L (untuk pemanduan gear rendah).
Dari segi keselamatan, Triton 2024 didatangkan standard dengan ciri Active Stability & Traction Control (ASTC).
Sementara varian terpilih akan dipertingkatkan dengan ciri bantuan keselamatan seperti:
- Forward Collision Mitigation System (FCM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Blind Sport Warning with Lane Change Assist
- Rear Cross Traffic Alert
- Hill Descent Control (HDC)
- Hill Start Assist (HSA)
Untuk pasaran Malaysia, Mitsubishi Triton 2024 hadir dengan 5 pilihan varian iaitu:
- Triton Single Cab - RM101,980
- Triton MT - RM114,980
- Triton AT GL - RM116,980
- Triton AT Premium - RM145,980
- Triton Athlete - RM165,980
Harga pengenalan untuk Triton baharu ini hanya sah untuk pendaftaran selewat-lewatnya pada 31 Disember 2024 sahaja.
Triton Athlete didatangkan dengan waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had, untuk tempahan yang dibuat menjelang Disember 2024, sementara varian lain datang dengan jaminan 5 tahun, atau perbatuan 200,000km, yang mana terdahulu.
MMM juga menawarkan kotak simpanan lipat 60L eksklusif bernilai RM450 sebagai hadiah awal untuk 500 pelanggan pertama yang membuat tempahan bagi Triton serba baharu melalui Mitsubishi Online Showroom.