Mitsubishi Triton 2024 yang merupakan generasi keenam itu telah diperkenalkan pada tahun lalu bertempat di Bangkok, Thailand.
Hampir segala aspek telah dipertingkat untuk mentakrifkan semula nama Triton sebagai salah satu trak pikap terbaik di pasaran.
Antaranya penggunaan platform ladder frame baharu dengan keluli tegangan tinggi (1,180 MPa) untuk meminimumkan penambahan berat badan.
Triton 2024 juga dilengkapi enjin serba baharu yang lebih jimat minyak, iaitu nadi 4N16 2.4 liter yang menghasilkan kuasa tertinggi sehingga 201 hp dan 470 Nm.
Tentu sekali yang menjadi tarikan utama, Triton 2024 kini hadir dengan bahasa rekaan Beast Mode yang tampil lebih garang.
Triton serba baharu akan ditawarkan dengan 5 varian dengan anggaran harga daripada RM170,000 untuk varian tertinggi iaitu Triton Athlete, dan RM102,000 untuk Triton Single Cab.
Bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka melalui laman web MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM).