Pengedar kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menawarkan prosperity bonus bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina (CNY) 2019.
Tawaran bonus sehingga RM8,000 adalah terpakai kepada mana-mana pelanggan yang telah menempah dan mendaftarkan SUV baharu Mitsubishi Outlander 2.0 liter dan 2.4 liter.
Mitsubishi Outlander datang dengan pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan jaminan waranti tanpa had perbatuan selama lima tahun, dengan harga bermula dari RM137,888 (2.0 liter) dan RM152,888 (2.4 liter).
Manakala MMM telah membuka tempahan bagi Mitsubishi Triton 2019 baharu dan 1,000 pelanggan pertama akan berpeluang untuk menerima pakej bagasi Thule Subterra bernilai RM2,000.
Selain daripada itu, Mitsubishi ASX Compact SUV 4WD atau 2WD kini ditawarkan bonus sehingga RM8,000, dengan harga bermula dari RM118,866 (2WD) dan RM133,336 (4WD).
Tidak dilupakan, pelanggan setia yang menghantar kenderaan untuk diservis dari 15 Januari sehingga 15 Februari 2019 turut berpeluang untuk memenangi sebuah iPhone XS, tertakluk kepada terma dan syarat.