Mitsubishi tawar pakej khemah boleh lipat GentleTent untuk Triton

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menjadikan trak pikap kegemaran ramai lebih sesuai digunakan untuk jadikan sebagai camper truck, Mitsubishi telah bekerjasama dengan pengeluar aksesori outdoor GentleTent untuk menghasilkan khemah boleh lipat yang boleh dipasang pada trak pikap Triton (L200).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat dua opsyen yang boleh dipilih, iaitu GT Roof dan GT Pickup.

Opsyen GT Roof mempunyai berat sekitar 25 kg sahaja dan boleh dilipat dan disimpan di dalam pakej yang sangat kecil.

 


Untuk opsyen GT Pickup (lihat pada Triton perak) pula lebih berat (27 kg) yang ternyata lebih besar dan membenarkan anda untuk berdiri di atas bed trak pikap.

Namun, persamaan antara kedua-dua khemah ini adalah ia boleh dibesarkan dengan menggunakan pemampat udara mudah alih yang disediakan oleh GentleTent itu tadi.

Selain daripada kelengkapan khemah itu, Mitsubishi turut menawarkan beberapa aksesori seperti dapur memasak Primus yang boleh ditarik keluar, sinki membasuh, kotak peralatan dapur, dan ruang storan.

 


Pakej yang disebutkan di atas boleh didapati pada harga serendah €3,600 (RM17,693) dan boleh disimpan pada bekas simpanan khas yang boleh dikunci pada harga tambahan €1,949 (RM9,578).

Pakej untuk GT Roof pula boleh didapati pada harga €2,467 (RM12,125) dan untuk GT Pickup pula adalah sekitar €3,189 (RM15,673), di mana kedua-dua pakej ini boleh didapati secara terus menerusi pusat pengedar Mitsubishi yang bertauliah.

 


Mitsubishi juga turut menawarkan aksesori berupa fender flare yang unik, serta set rim aloi bersaiz 20 inci.

Namun, usah gembira terlalu awal, ini kerana aksesori outdoor ini hanya boleh didapati di pasaran Jerman sahaja buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…