Mitsubishi tawar bonus tunai sehingga RM10K untuk Triton, Outlander dan ASX

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi tawar bonus tunai sehingga RM10K untuk Triton, Outlander dan ASX
Mitsubishi tawar bonus tunai sehingga RM10K untuk Triton, Outlander dan ASX
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Sempena sambutan Merdeka akan datang, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi menawarkan tawaran eksklusif dan bonus tunai untuk tiga buah modelnya.

Pelanggan yang menempah dan mendaftar Mitsubishi Outlander, Triton dan ASX dari 21 Julai hingga 31 Ogos 2017 bakal menikmati bonus tunai sehingga RM10,000.

Selain itu, pemilik kenderaan Mitsubishi juga bakal menerima hadiah berupa payung eksklusif Ralliart dan kit penjagaan kereta. 

Pemilik yang menghantar kenderaan mereka untuk penyelenggaraan pada bulan Ogos akan menerima payung manakala hadiah untuk penyelenggaraan pada bulan September pula ialah kit penjagaan kereta.

Untuk mendapatkannya secara percuma, perbelanjaan minimum ialah RM350 termasuk pembelian penyegar anti bakteria atau mana-mana bahan penambah (additive) di pusat servis sah Mitsubishi (sementara stok masih ada).

 

 

Berikut ialah model *promosi rebat tunai sehingga RM10,000:

1. Mitsubishi Outlander - Harga bermula dari RM171,000

2. Mitsubishi Triton MIVEC Turbo Diesel - Harga bermula dari RM93,920

3. Mitsubishi ASX - Harga bermula dari RM119,100

Mitsubishi Outlander diiktiraf sebagai ‘Best SUV/Crossover- Mid-Size 4x4, 7-Seater' di majlis  CarSifu Editors’ Choice Awards 2016 manakala Mitsubishi Triton pula diiktiraf sebagai ‘Pick-Up Truck of the Year 2017’ oleh laman web DSF.

Nota*

  • Tertakluk kepada model dan varian terpilih
  • Harga di atas jalan tidak termasuk insurans, GST termasuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia
  • Bergantung kepada terma dan syarat dan boleh berubah tanpa notis

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…