Mitsubishi tambah pelaburan RM3.2 billion di Indonesia, produksi Xpander Hibrid!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada syarikat-syarikat besar dunia seperti Toyota, Tesla dan Hyundai, sebuah lagi syarikat automotif diberitakan berminat untuk menambah pelaburan di negara jiran kita, Indonesia.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Menurut laporan CNN Indonesia, Mitsubishi Motors merancang untuk menambah pelaburan berjumlah 11.2 trillion Rupiah (RM3.2 billion) bagi meningkatkan kapasiti produksi daripada 220,000 unit ke 250,000 unit.

Daripada jumlah itu, Mitsubishi merancang untuk memasang dua buah kenderaan hibrid di negara tersebut, satu daripadanya adalah model Mitsubishi Xpander Hybrid, dan sebuah lagi merupakan model plug-in hybrid Outlander.

Pada ketika ini, Mitsubishi Indonesia menjual unit Outlander PHEV dalam bentuk CBU sepenuhnya, namun versi pemasangan tempatan akan hadir menerusi generasi terbaharu Mitsubishi Outlander yang telah pun muncul di peringkat global sebelum ini.

Selain daripada itu, Mitsubishi juga bercadang untuk mengeksport model pemasangan tempatan itu ke sembilan lagi pasaran tambahan, menjadikan pasaran eksport Mitsubishi Indonesia kini bertambah kepada 39 buah negara.

Sumber: CNN Indonesia

Berita Berkenaan

Berita Global
Mitsubishi Delica D:2 2023   Terbaru Mitsubishi memperkenalkan Delica D:2 dan Delica D:2…
Berita Global
Black Edition diasaskan dari varian teratas Delica D:5 P dan tampil gelap dengan perkakasan hitam…
Berita Global
  Kedua-dua MoU terdahulu tidak melibatkan penyatuan syarikat.  MoU pada Mac: Kerjasama…