Mitsubishi takkan tawar Delica D:5 versi pemanduan kiri

oleh Mohamad Hanif|
Sedar atau tidak, generasi kelima Mitsubishi Delica D:5 (yang tidak masuk pasaran Malaysia) telah pun diproduksikan sejak dari tahun 2007 lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya pada tahun 2019, Mitsubishi mengemaskini penawaran van kotak itu dengan membawakan elemen Dynamic Shield.

Delica D:5 amat popular di kalangan pengguna disebabkan keupayaan off-road dan sistem pacuan empat roda AWC di dalam badan MPV.

Setakat ini, Mitsubishi hanya menghasilkan model Delica D:5 dalam versi pemanduan sebelah kanan sahaja, dan tiada perancangan untuk membawakan model tersebut untuk pasaran pemanduan sebelah kiri.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Motors Filipina, Takanobu Suzuki semasa acara pelepasan Asia Cross Country Rally 2022, model Delica hanya dihasilkan secara eksklusif dengan konfigurasi pemanduan sebelah kanan buat masa ini.
 

delica


Namun, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menawarkan model tersebut untuk pasaran lain sekiranya ada permintaan.

"Mitsubishi Delica D:5 buat masa ini dieksport ke luar dalam kuantiti yang terhad untuk negara seperti Thailand, ia juga digunakan sebagai kereta syarikat untuk kegunaan syarikat antarabangsa.

"Untuk pasaran Filipina, ia tidak ditawarkan. Namun, kami telah mengkaji kesesuaia pasaran model ini di dalam segmen van, salah satu segmen terbesar.

"Buat masa ini, Mitsubishi memfokuskan kepada segmen SUV dan trak pikap, di mana kami akan melancarkan sebuah trak pikap dan dua SUV baharu pada tahun depan.

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Minivan crossover dengan reka bentuk berpetak itu membawakan konsep rekaan “Maximum Space and…
Berita Global
Dua daripadanya merupakan Mitsubishi Delica D:5, di mana salah satunya menerima sentuhan daripada…
Gaya Hidup
Selain daripada Mitsubishi Triton yang kacak itu, mereka juga mempunyai produk yang lebih sesuai…