Mitsubishi Spacejet M90 - buat penerbangan rasmi pertama

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika dulu kita ada MPV Mitsubishi Space Gear, kali ini Mitsubishi menghasilkan sesuatu yang jauh lebih "space", prototaip kapal terbang SpaceJet M90.

Mitsubishi Aircraft Corporation telah menerbangkan prototaip SpaceJet M90 ini untuk penerbangan rasmi pertamanya pada 18 Mac lalu, 2.53 pm waktu Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pesawat ujian itu terbang dari lapangan terbang Prefectural Nagoya selama dua jam di atas lautan Pasifik sebelum kembali mendarat di lapangan terbang yang sama.

Bermula dari projek penyelidikan kerajaan Jepun pada tahun 2003, SpaceJet M90 ialah jet komersil pertama yang direkabentuk dan dikilangkan di Jepun selepas NAMC YS-11 yang dibina dalam tahun 1960-an.

Jet Mitsubishi ini mempunyai kapasiti seramai 88 orang penumpang dan dijana oleh dua enjin Pratt & Whitney PW1200G.

Ia mempunyai jarak penerbangan sejauh 3,778 km dan kelajuan sederhana (cruising) selaju 931 kmsj.

Prototaip pertama keluarga SpaceJet ini sebenarnya terbang pada November 2015 dan ketika itu ia dipanggil projek MRJ90. Namun begitu, ia tergendala kerana masalah rekabentuk dan jadual ujian.

Unit prototaip M90 ini akan terus terbang di sekitar Nagoya untuk ujian-ujian sebelum di hantar ke Pusat Ujian Moses Lake di Washington, US di mana ia akan melalui ujian-ujian seterusnya bersama enam lagi unit prototaip M90 yang lain.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…