Mitsubishi Shogun Sport SVP Concept - kini ditambahbaik keupayaan off-road

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan acara Commercial Vehicle Show di United Kingdom, Mitsubishi telah memperkenalkan sebuah model konsep Shogun Sport yang nampak lebih rugged, dinamakan sebagai Shogun Sport SVP. 

Ia direka supaya mampu mengatasi keupayaan yang dimiliki oleh Shogun Sport standard, Shogun Sport SVP telah menerima beberapa penambahbaikan seperti tayar all-terrain BF Goodrich, serta sistem suspensi talaan Koni dan Walkinshaw Performance.
 


Menurut Mitsubishi, sistem suspensi yang unik ini mampu memberikan keupayaan off-road yang lebih selesa di samping menambahkan lagi dinamik pengendalian ketika di jalan raya biasa. 

Di bahagian luaran, Mitsubishi Shogun Sport SVP menerima rekaan grill yang telah dikemaskini, rim beadlock-style bersaiz 18 inci, grafik badan, sistem lampu limpah jenis LED dan fender flare yang menambahkan lagi kelebaran dimensi badan. 
 


Memasuki ruang kabin, tempat duduk balutan kulit dan suede yang disulami jahitan kontras berwarna merah menyambut kehadiran pemandu dan penumpang. 

Enjin 2.4 liter turbodiesel masih lagi mengekalkan kuasa 181 hp dan 430 Nm daya kilas yang digandingkan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan dan sistem pacuan empat roda Super Select. 
 


Menariknya, Mitsubishi mengesahkan model konsep ini bakal direalisasikan ke dalam sebuah pakej SVP yang bakal ditawarkan pada musim panas ini.