Mitsubishi sertai Rebelle Rally 2021 guna Outlander 2022!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi baru-baru ini mengumumkan penyertaan di dalam acara Rali Rebelle - sukan rali yang hanya disertai oleh pasukan wanita - dengan menggunakan jentera Outlander 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV Outlander 2022 itu bakal menampilkan liveri khas yang menyambut ulang tahun yang ke-20 kejayaan Jutta Kleinschmidt, satu-satunya pelumba wanita yang berjaya menguasai Rali Dakar pada tahun 2001.

Acara Rali Rebelle ini memerlukan pasukan dua orang wanita untuk menempuh laluan sepanjang 2,000 km antara gurun Nevada dan California.
 

Mitsu


Tahun 2021 merangkap tahun ketiga penyertaan Mitsubishi di dalam acara ini, dengan kerjasama Record the Journey, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang membantu bekas tentera veteran untuk menjalani kehidupan biasa.

Jutta Kleinschmidt yang kini berlumba dengan pasukan ABT Cupra XE di dalam Extreme E merupakan satu-satunya wanita yang berjaya memenangi Rali Dakar dengan menggunakan Mitsubishi Pajero.

Selain daripada sambutan ulang tahun kejayaan itu tadi, Mitsubishi juga turut meraikan ulang tahun yang ke-40 beroperasi di Amerika Syarikat.
 

Pajero


Sehingga kini, Mitsubishi (menerusi model Pajero) merupakan satu-satunya jenama yang paling berjaya di Rali Dakar, dan rekod itu nampaknya masih lagi sukar untuk dipecahkan oleh mana-mana pengeluar.

Acara Rali Rebelle ini bakal berlangsung bermula 7 hingga 16 Oktober ini dan ia juga disertai oleh Ford yang menggunakan jentera Bronco dan Bronco Sport.