Mitsubishi sedang bangunkan model Lancer, Mirage generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Perubahan trend pemilikan di seluruh dunia memaksa beberapa syarikat pengeluar menghentikan penawaran model sedan penumpang, serta hatchback kecil dan memfokuskan ke arah trak pikap, crossover dan SUV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Keadaan ini mengundang persoalan, apakah perancangan utama syarikat pengeluar dalam menghadapi situasi ini, dan adakah mereka akan terus menghasilkan sedan dan hatchback?

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh naib presiden korporat strategi produk Mitsubishi, Vincent Cobee dalam temubual bersama GoAuto berkata, sehingga kini penguasaan SUV mencecah kira-kira 37 peratus dan angka tersebut semakin berkembang saban tahun. 

"Namun, fakta ini tidak mampu untuk menafikan bahawa selebihnya terdapat kira-kira 40-50 juta kenderaan terdiri daripada kereta penumpang tradisional!" 
 


Kenyataan tersebut menunjukkan Mitsubishi masih tidak berputus asa dan berharap penguasaan terhadap pasaran kereta penumpang pada masa akan datang. 

Dalam diam, Mitsubishi sebenarnya sudah pun merancang untuk menghasilkan generasi baharu hatchback Mirage dan juga sedan Lancer. 

Menurut ketua pengarah urusan Mitsubishi Trevor Mann berkata, pembangunan terhadap model pengganti Mirage kini sudah pun berjalan dan model hatchback tersebut bakal menggunakan platform CMF-B yang turut menghasilkan generasi baharu Nissan Juke dan Renault Clio

Manakala platform CMF-C pula bakal menampilkan model Lancer generasi baharu. 

Sumber: GoAuto melalui MOTOR1
Gambar: Theophilus Chin

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada jumlah tersebut, 350 unit dikhususkan untuk pasaran Kanada, dan unit yang masih lagi…
Berita Global
Dalam pengumuman tersebut, Mitsubishi menjanjikan beberapa perkara, termasuklah menawarkan kembali…
Berita Global
Sebelum ini Careta telah melaporkan bahawa Mitsubishi nampaknya berminat untuk menghidupkan kembali…