Mitsubishi Ralliart dedah jentera rali Triton untuk Asian Cross Country Rally 2022

oleh Mohamad Hanif|
Kepulangan semula Ralliart dalam arena sukan permotoran dibuktikan dengan lebih jelas menerusi kehadiran sebuah jentera rali Triton yang dibina khusus untuk Asian Cross Country Rally 2022 (AXCR).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Hiroshi Masuoka selaku pengarah pasukan Team Mitsubishi Ralliart berkata, "penyertaan Mitsubishi Motors di dalam AXCR dalam bentuk sokongan teknikal bakal mengukuhkan lagi keunikan produk kami, khususnya untuk model-model strategik ASEAN termasuk trak pikap dan SUV.

"Pasukan kami akan melakukan persediaan untuk memenuhi jangkaan para peminat, jadi nantikan kemunculannya," jelasnya yang juga juara dua kali Rali Dakar.
 

Triton


Jentera Triton Ralliart tersebut hadir dengan modifikasi seperti sistem suspensi yang tinggi, tayar off-road, pemasangan snorkel, cangkuk tunda, sangkar keselamatan, sepasang tayar simpanan, serta layangan liveri berwarna kelabu, merah dan juga hitam.

Spesifikasi kuasa nampaknya masih lagi disembunyikan daripada pengetahuan umum.
 

Ralliart


Selain daripada Triton, Ralliart juga sebelum ini telah pun memperlihatkan Outlander PHEV (Mitsubishi Vision Ralliart Concept) pada Tokyo Auto Salon dengan kit badan yang lebih agresif, rim bersaiz 22 inci, serta trenkuasa yang telah ditala dengan output motor yang lebih bertenaga, serta talaan sistem pacuan semua roda yang lebih sporti.
 


Berdasarkan video mesej di atas, Hiroshi Masuoka turut menyebut pihak Ralliart bakal menawarkan talaan tersendiri kepada barisan model trak pikap dan SUV Mitsubishi, di mana setiap aspek seperti kadar ketegaran badan, kawalan serta prestasi off-road akan diambil kira dan dipertingkatkan berdasarkan pengalaman penyertaan di dalam acara rali tersebut.

AXCR akan mengambil tempat di Asia Tenggara bermula 6 hingga 12 Ogos.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mitsubishi Motors TV, saluran rasmi Mitsubishi di YouTube telah memuat naik koleksi rakaman…
Sukan Bermotor
Mendapat sokongan teknikal penuh daripada Mitsubishi Motors Corp Jepun, cabaran AXCR 2022 tahun ini…
Sukan Bermotor
Bukan untuk pelancaran produk terbaharu, akan tetapi kami diberikan peluang untuk merasai sendiri…