Mitsubishi pernah hasilkan SUV Pajero Junior klasik, unit terhad 139 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Anda mungkin pernah dengar tentang kehadiran model Pajero Mini, sebuah kei car yang dihasilkan oleh Mitsubishi antara tahun 1994 hingga 2012.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tidak ramai yang tahu tentang kewujudan sebuah lagi versi Pajero yang digelar sebagai Pajero Junior.

Dihasilkan antara tahun 1995 hingga 1998, ia secara asasnya sedikit besar daripada Pajero Mini dengan menggunakan platform Mitsubishi Minica.

Kira-kira setahun sebelum produksi Pajero Junior ditamatkan, Mitsubishi melancarkan sebuah model edisi khas yang digelar sebagai Pajero Jr. Flying Pug.
 

Pajero Jr


Pada ketika ini, populariti kereta-kereta klasik British memuncak di Jepun, jadi Mitsubishi membuat keputusan bereksperimen menggunakan platform Pajero Junior itu tadi, namun dengan menampilkan elemen retro.

Perancangan asal, Mitsubishi mahu menghasilkan sebanyak 1,000 unit, namun hanya 139 unit sahaja yang berjaya dipasang.

Lebih menyedihkan, kebanyakan media permotoran Jepun pada ketika itu menyifatkan Flying Pug ini sebagai sebuah kereta yang hodoh, walaupun Mitsubishi memposisikan model ini sebagai sebuah kereta dengan penampilan klasik teksi London.
 

Pajero Jr


Salah satu daripada 139 unit yang dihasilkan itu kini sedia mencari pemilik baharu berdasarkan iklan di Facebook Marketplace.

Unit berwarna merah hitam ini mencatatkan perbatuan sejauh 236,000 km dan hanya diimport masuk ke Amerika Syarikat pada bulan Disember 2022.

Susun atur papan pemuka juga sangat asas (tipikal kereta tahun 90-an), dengan kemasan upholsteri kulit dan kehadiran trim kayu pada beberapa tempat.
 

Pajero Jr


Difahamkan, pemilik terdahulu telah pun memuatkan unit infohibur jenis skrin sentuh bagi menggantikan unit asal.

Pajero Junior ini dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 1,094 cc yang mampu menghasilkan 79 hp, dipadankan dengan transmisi automatik tiga nisbah kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

Harga jualan yang diminta bermula dari $11,800 (RM51,891).

Sumber: FB Marketplace