Mitsubishi perlihat teaser Eclipse Cross facelift, penampilan lebih agresif

oleh Mohamad Hanif|
Ketika Mitsubishi Eclipse Cross diperkenalkan pada tahun 2017, ramai di antara kita yang terkejut apabila nama kereta sports tersebut dibangkitkan semula menjadi nama rasmi bagi sebuah crossover.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, tidak dapat tidak ia menjadi salah sebuah model jualan yang mampu memastikan kesinambungan operasi Mitsubishi sehingga kini, dengan angka produksi yang melebihi 80,000 unit pada tahun lalu.

Sudah tiba masanya Eclipse Cross diberikan kemaskini rupa, dan Mitsubishi nampaknya sudah pun menjanjikan versi facelift yang dikatakan lebih agresif dan radikal.

 

Mitsubishi e-Evolution


Difahamkan, Eclipse Cross facelift banyak mengambil inspirasi rekaan daripada model konsep e-Evolution (bukan Lancer Evo) - sebuah SUV elektrik yang membuat kemunculan pada Tokyo Motor Show 2017.

Bahasa rekaan Dynamic Shield masih lagi menjadi resepi utama, namun muka hadapan telah diberikan nafas baharu dengan kehadiran lampu LED yang lebih tirus di bahagian atas (lihat sahaja Xpander).

Model facelift ini akan mula dijual di pasaran Amerika Syarikat menjelang suku pertama 2021, menandakan pengenalan rasmi bakal mengambil tempat dalam masa terdekat.

Eclipse Cross juga bakal dilengkapkan dengan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV) yang sama seperti Outlander PHEV, serta kehadiran ciri Forward Collision Mitigation dengan pengesan pejalan kaki sebagai kelengkapan standard untuk semua model.

 


Pun begitu, berita ini ternyata bakal membuatkan rakan kita di Eropah bersedih, memandangkan Mitsubishi sebelum ini telah pun mengesahkan mereka akan keluar daripada pasaran tersebut dan memfokuskan kepada pasaran Asia Tenggara.

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…
Berita Global
Sama seperti penawaran yang terdapat pada Outlander, Eclipse Cross Black Edition didatangkan dengan…
Berita Global
  Outlander PHEV generasi terdahulu dan model baharu yang dilancarkan pada Disember 2021 terjual…