Mitsubishi perkenal Xpander AP4 - cubaan untuk kembali aktif dalam arena ralli?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini mungkin merupakan percubaan Mitsubishi untuk berkecimpung kembali ke dalam arena ralli dengan mempamerkan sebuah kereta konsep yang menggunakan asas daripada sebuah LMPV pada acara Indonesia International Motor Show 2019 (IIMS 2019).

Ya, anda tidak tersalah baca, ini kerana jentera ini sebenarnya merupakan sebuah Xpander dan dinamakan sebagai Xpander AP4.

Xpander AP4 ini diperkenalkan kepada umum oleh Rifar Sungkar, pemandu rally terkenal yang bertindak selaku duta jenama Mitsubishi di Indonesia. 
 


Tidak seperti model asal yang tampil dengan tujuh tempat duduk, Xpander AP4 telah membuang lima buah tempat duduk di baris kedua dan ketiga. 

Sebaliknya, tempat tersebut digantikan dengan pemasangan sangkar keselamatan, manakala tempat duduk hadapan pula digantikan dengan kerusi jenis bucket. 

Antara perubahan ketara yang boleh diperhatikan ialah kit badan lebar yang dipasang pada Xpander AP4 ini, memberikan bayangan bahawa segala aspek teknikal telah diubah seperti sistem suspensi dan casis diperkukuh bagi tujuan ralli. 


 


Aspek mekanikal pula tidak didedahkan lagi buat masa ini, namun jika dirujuk kepada regulasi AP4, anda boleh membayangkan Xpander AP4 ini dilengkapkan enjin turbo yang menghasilkan kuasa sekitar 280 PS dan modul penghantaran kuasa ke semua roda (AWD). 

Versi produksi Xpander AP4 pula akan diperkenalkan pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…