Mitsubishi perkenal Outlander 2.4L CKD

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan SUV 7-tempat duduk Outlander 2.4L varian pemasangan tempatan (CKD).

Tenaga dari enjin 2.4L DOHC Mivec yang menghasilkan 167 PS dan 222 Nm itu disalurkan kepada keempat-empat roda melalui tranmisi INVECS-III CVT, lengkap dengan paddle shifters.

 

 

Sistem 4WD pintar pada Outlander ini pula cukup bijak untuk memilih mod 4X4 terbaik (ada tiga - 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock) melalui sistem Multi-Select 4WD yang cukup bijak mengenali permukaan.

Dari segi ciri-ciri keselamatan, Outlander ini sesuai sebagai kenderaan keluarga ia dilengkapi dengan tujuh beg-udara, 4WD< ABS, EBD, Brake Assist, Active Stability dan Traction Control (ASTC), Hill Start Assist, Isofix dan kerangka Mitsubishi RISE (Reinforced Impact Safety Evolution).

 

Turut diberikan ialah Brek Parkir Elektronik  dan Auto Hold Assist untuk berhenti menunggu di lampu isyarat tanpa perlu menarik brek parkir.

Ada banyak lagi kelengkapan untuk Outlader 2.4L ini dan di bawah ialah senarainya

  • Sistem kamera All Round Monitor
  • Lampu hadapan LED dengan DRL
  • Sunroof
  • Pintu but belakang dibuka secara elektronik dengan fungsi anti kapit

 

apple

 

  • Paddle shifters
  • Cermin belakang dengan cermin belakang auto-dimming
  • Tempat duduk pemandu dengan kuasa elektrik
  • Roda aloi 18-inci
  • Skrin sesentuh bersaiz 7-inci siap dengan fungsi Apple CarPlay

 

 

Mitsubishi Outlander 2.4L AWD ini datang dengan harga RM155,000 tanpa insurans dan GST tetapi sempena sambutan Tahun Baharu Cina bulan hadapan, MMM menawarkan diskaun sehingga RM4,000 untuk model SUV ini.

Selain dari waranti lima tahun tanpa had perbatuan, pemilik baharu Millenium juga akan menerima pakej kos selenggara percuma selama dua tahun.

Menarik bukan?

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…