Mitsubishi Outlander PHEV - model plug-in hybrid paling laris di Eropah!

oleh Mohamad Hanif|
Statusnya sebagai sebuah model plug-in hybrid paling laris terjual di Eropah dan di UK tidak dapat menolak hakikat bahawa penjualan model Mitsubishi Outlander PHEV akan berakhir tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana Mitsubishi sebelum ini telah pun mengesahkan untuk menghentikan eksport SUV ke Eropah bermula September ini demi memfokuskan pasaran Asia Tenggara.

Ketika zaman kegemilangannya, penjualan Mitsubishi Outlander (serta SUV lain seperti ASX dan Eclipse Cross) merangkumi 64 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Mitsubishi untuk enam bulan pertama tahun ini.

 


Walaupun dunia masih lagi terbelenggu dengan efek pandemik COVID-19 yang belum reda, Outlander PHEV telah berjaya menjadi sebuah model plug-in hybrid yang paling kompetitif dalam pasaran, dengan jumlah jualan 51,667 unit di UK sahaja!

Menurut eksekutif Mitsubishi Motors UK, David Rodriguez berkata, "populariti Mitsubishi Outlander PHEV bukanlah bergantung semata-mata terhadap teknologi, kebolehpercayaan dan pemanduan, akan tetapi khidmat selepas jualan dan sokongan yang diberikan oleh jaringan pengedar kami menjadi faktor utama semenjak dari mula.

Generasi baharu Mitsubishi Outlander PHEV dikatakan akan dilancarkan pada tahun hadapan, menampilkan trenkuasa serba baharu yang lebih berkuasa, serta menawarkan jarak perjalanan sifar emisi yang lebih jauh.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Outlander PHEV generasi terdahulu dan model baharu yang dilancarkan pada Disember 2021 terjual…
Berita Global
  Model pengganti Outlander (generasi keempat) diperkenal pada Februari 2021 dan versi hibrid…
Model Terbaharu
Outlander PHEV 2022 kini menampilkan pek bateri 20 kWh yang lebih besar kapasitinya (13.8 kWh pada…