Mitsubishi Outlander PHEV 2023 bakal hadir dengan dua motor elektrik, ciri S-AWC dipertingkat!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi teaser terbaharu yang didedahkan, Mitsubishi Outlander versi plug-in hybrid (PHEV) bakal menampilkan sistem hibrid dengan ciri Super-All Wheel Control (S-AWC) yang telah dipertingkatkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ciri S-AWC yang diperbaharui itu dikatakan mampu menawarkan pemanduan yang selamat, selesa, serta pengendalian yang menyakinkan dalam apa jua kondisi jalan dan cuaca.

Tidak seperti model Outlander PHEV terdahulu yang didatangkan dengan motor elektrik tunggal, sistem plug-in hybrid terbaharu ini akan menampilkan konfigurasi motor elektrik berkembar dengan satu motor untuk setiap gandar.
 

PHEV


Menurut Mitsubishi, jika dibandingkan dengan model konvensional yang menggunakan sistem kawalan untuk mengawal daya brek pada roda hadapan (kiri dan kanan), sistem S-AWC yang terkini itu mampu menambah kawalan brek pada roda belakang, sekaligus mengurangkan beban pada roda hadapan.

Sistem ini turut menampilkan sehingga tujuh mod pemanduan yang berbeza termasuklah Normal, Gravel, Snow, Power, dan juga Eco.
 

EV


Selain daripada angka output motor elektrik yang masih dirahsiakan, Mitsubishi juga tidak mendedahkan spesifikasi enjin yang bakal digandingkan.

Versi PHEV terdahulu (kuasa 221 hp) menampilkan motor elektrik yang dibantu oleh enjin petrol 2.4 liter yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 126 hp dan 201 Nm, di mana ia merupakan satu peningkatan daripada enjin 2.0 liter yang digunakan pada versi terawal.

Crossover PHEV itu dijadualkan pelancarannya pada separuh kedua tahun 2022 di pasaran Jepun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…
Berita Global
Menurut dokumen yang diterbitkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA),…
Berita Global
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan tersebut ialah populariti model SUV Outlander…