Pengedar Mitsubishi bakal mengadakan acara pameran ekslusif bagi SUV terbaharu ini di bilik pameran Mitsubishi pada tarikh seperti berikut;
- 14-15 Oktober Semenanjung Malaysia
- 21-22 Oktober Sabah dan Sarawak
Ketia acara berlangsung di bilik pameran, tiga pelanggan bertuah bakal yang memandu uji Mitsubishi Outlander akan berpeluang memenangi iPhone 8.
Bukan itu sahaja, kepada 200 pelanggan pertama yang mendaftar untuk membuat tempahan Mitsubishi Outlander juga akan mendapat baucar petrol bernilai RM300.
Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD pemasangan tempatan ini ditawarkan pada harga RM139,988 sehingga hujung tahun ini. Ia turut datang dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.
Jentera ini dikuasakan oleh enjin 2.0L DOHC MIVEC yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 145 PS dan tork 196 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi CVT INVECS-III. Terdapat tiga mod pemanduan iaitu 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock.
Untuk ciri keselamatan pula, Outlander dilengkapi dengan;
- Tujuh beg udara
- ABS dan EBD
- “Brake Assist”
- Active and Stability
- Traction Control (ASTC)
- Hill Start Assist (HSA)
- Tempat duduk kanak-kanak Isofix
- Reverse Camera
- Dibina kukuh dengan “Reinforced Impact Safety Evolution” (RISE)
Ciri premium lain yang ditawarkan;
- Lampu siang LED
- Rim aloi 18 inci sebagai ciri standard
- Ruang kargo 1,608 liter dengan tempat duduk barisan kedua dan ketiga boleh dilipat
- “Push start button”
- Sistem infotainment Apple CarPlay dengan skrin 7 inci HD
- Parking sensor
Mitsubishi Outlander ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu red metallic, solar white dan ruby black.
Mitsubishi Motors Malayia kini mempunyai 53 bilik pameran di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Mitsubishi Customer Careline di talian 1800 18 6611 (9 am – 5 pm, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)