Mitsubishi Outlander baharu guna platform Nissan Rogue (X-Trail), hadir lewat 2020

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi nampaknya telah pun menjalankan fasa pengujian bagi generasi baharu Outlander yang dijadualkan menjengah pasaran pada lewat tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh Automotive News, Presiden Mitsubishi Eropah Bernard Loire menjelaskan bahawa crossover yang bakal membawakan elemen Engelberg Tourer itu akan diperkenalkan pada separuh kedua tahun 2020. 

Walaupun berahsia dalam beberapa perkara, beliau mejelaskan bahawa Outlander baharu ini bakal menggunakan platform yang dikongsi daripada rakan sepakatan Renault-Nissan-Mitsubishi. 
 


Hal ini turut diperkuat dengan laporan terdahulu yang menyebut bahawa Outlander 2021 akan dibangunkan menggunakan platform Nissan Rogue (Nissan X-Trail). 

Walaupun menggunakan platform daripada rakan sepakatan, Mitsubishi nampaknya tidaklah sekadar menjalankan proses rebadge semata-mata, dan berdasarkan gambar intipan yang diperoleh daripada CarScoops, reka bentuk luaran Outlander baharu itu didapati mengekalkan beberapa elemen daripada model konsep Engelberg Tourer. 
 


Rekaan lampu berlapis dan elemen Dynamic Shield masih lagi menjadi keutamaan Mitsubishi, selain menampilkan garisan bumbung yang lebih rata, sesuai dengan imej Outlander. 

Sama seperti model Engelberg Tourer yang didedahkan pada tahun lalu, Outlander turut dijangka akan ditawarkan dalam beberapa opsyen trenkuasa, termasuklah pilihan plug-in hybrid yang berkemungkinan besar diperoleh daripada rakannya Nissan.
 


Selain daripada Outlander yang semakin membesar, Mitsubishi turut mengumumkan model Outlander Sport (Mitsubishi ASX) yang mengecil dimensinya bagi membezakan saiz antara ASX dan Eclipse Cross yang hampir serupa. 

Outlander Sport ini juga dikhabarkan bakal berkongsi platform dengan Nissan Kicks. 

 

Mitsubishi Engelberg Tourer Concept

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…
Berita Global
Menurut dokumen yang diterbitkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA),…
Berita Global
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan tersebut ialah populariti model SUV Outlander…