Mitsubishi Outlander 2.0L CKD dilancarkan pada harga RM139,988

oleh SALINA JALIL|
Kawasaki Legend Reborn

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia telah melancarkan model Outlander SUV 2.0 liter, pacuan 4-roda yang dipasang di kilang pemasangan Tan Chong Motors Assemblies (TCMA) yang terletak di Segambut. Model Outlander ini merupakan model yang kedua selepas model SUV ASX yang dipasangsiap di kilang pemasangan TCMA mengikut kontrak di antara MMM dan TCMA.

front look

Sebelum ini model Outlander 2.4 liter yang diimport sepenuhnya dan telah dilancarkan pada tahun lepas.  Untuk memenuhi pasaran yang lebih luas, varian Outlander 2.0 liter ini diperkenalkan dengan harga yang lebih kompetitif iaitu RM139,988 tidak termasuk insuran.  

dashboard

Berikut merupakan spesifikasi Outlander CKD ini:-

- Enjin adalah 2.0 liter, DOHC Mivec dengan transmisi INVECS-III CVT,  145 PS dan tork pada 196 Nm
- Model ini didatangkan dengan pacuan 4-roda, dengan tiga jenis mod pemanduan iaitu Eco, Auto dan 'Lock'
- Tujuh beg udara
- Tujuh tempat duduk
- ABS dan EBD
- Brake Assist
- Active Stability dan Traction Control
- Hill Start Assist
- ISOFIX
- Rim tayar 18-inci
- Ruang boot sebesar 1608 liter (apabila tempat duduk dilipat di bahagian kedua dan ketiga )
- Paparan skrin infotainment bersaiz 7inci 
- Kamera undur
- Kamera dashcam
- Pilihan warna merah metalik, putih dan warna terbaharu hitam (ruby black)

Outlander ini diberikan waranti selama 5 tahun dengan perbatuan tanpa had.

interior

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Memandangkan sebelum ini Mitsubishi telah mengesahkan menerusi sekeping gambar teaser yang…
Berita Global
Langkah menghentikan penjualan tersebut adalah berikutan permintaan pasaran terhadap enjin diesel…
Berita Global
Di bawah ialah antara fakta-fakta terkini dan juga sedikit sejarah lama beliau. Mäkinen sekarang…