Mitsubishi Motors umum penghantaran XPANDER baharu, tempahan menggalakkan!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan permulaan fasa penghantaran bagi model baharu Mitsubishi XPANDER kepada para pelanggan yang telah menempah awal.

Serentak dengan itu, Mitsubishi turut mengumumkan XPANDER kini sudah tersedia untuk dilihat dan dipandu uji di semua pusat pameran Mitsubishi Motors di seluruh negara.

Menurut Tomoyuki Shinnishi, CEO MMM berkata, "Mitsubishi Motors amat teruja untuk menghantar XPANDER baharu kepada para pelanggan terawal. XPANDER sudah pun mempunyai kehadiran yang kuat di negara ASEAN, dan kami percaya dengan pakej yang ditawarkan, XPANDER akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi penjualan kami.

Tambah beliau, jumlah tempahan yang diperoleh setakat ini telah melepasi jumlah kapasiti produksi sehingga Disember 2020.

Para pelanggan yang mahu menempah XPANDER baharu akan menerima model XPANDER tahun pengeluaran 2021 (MY2021) yang tertakluk kepada cukai jualan SST bermula 1 Januari 2021.  

Harga anggaran XPANDER selepas 31 Disember 2020 adalah seperti berikut:

Negeri

Harga tanpa SST (RM)

Harga anggaran dengan SST (RM)

Semenanjung Malaysia

91,359

94,800

Sabah

92,698

96,316

Sarawak

92,748

96,366

Labuan

87,204

87,242

Langkawi

86,103

86,141

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi pengayaan, XPANDER membawa reka bentuk sedia ada ke peringkat seterusnya, memberikan rupa…
Berita Domestik
Tamat kempen sebulan itu menyaksikan penyampaian baucar perjalanan RM10,000 kepada pemilik XPANDER…
Berita Domestik
Dalam meraikan kejayaan yang luar biasa ini, syarikat telah melancarkan kempen menarik untuk…