Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM berkata, "Mitsubishi Motors dan Lofty Ambition telah menjadi rakan kongsi perniagaan sejak tahun 2014 lagi.
Dalam masa yang singkat, Lofty Ambition mampu berkembang dan mengukuhkan kehadiran jenama Mitsubishi di Perak dan kami amat gembira untuk meraikan bilik pameran Mitsubishi ketiga di sini! Kami mengucapkan terima kasih kepada Lofty Ambition di atas komitmen mereka terhadap jenama Mitsubishi ini."
Pusat 3S ini dilengkapi dengan ruang menunggu dan ruang bengkel yang lengkap dengan pelbagai kemudahan menyelenggara dan membaiki kenderaan dengan adanya peralatan-peralatan diagnostic yang lengkap dan Special Set Tools (SST) bagi tujuan menyelenggara setiap kenderaan Mitsubishi.
Dengan pembukaan Pusat 3F Lofty Ambition ini juga, ia menjadikan jumlah keseluruhan bilik pameran MMM adalah sebanyak 52 cawangan.
Walau bagaimanapun jumlah pusat servis MMM adalah sebanyak 54 cawangan di keseluruhan Malaysia. Jumlah ini termasuk 15 cawangan di Malaysia Timur (7 di Sarawak dan 8 di Sabah).
Rujukan tambahan, trak pikap Triton adalah unit yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand. Cuma SUV ASX dan Outlander sahaja yang dipasang siap (CKD) di Malaysia.