Mitsubishi Motors Malaysia pindah gudang alat ganti ke Shah Alam

oleh SALINA JALIL|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan pemindahan lokasi gudang alat ganti baharu yang terletak di Shah Alam, Selangor sebagai memenuhi permintaan selepas jualan yang semakin meningkat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keluasan gudang baharu tersebut adalah seluas 40,000 kaki persegi adalah untuk menumpukan semua operasi  di bawah satu bumbung.

 

Langkah ini dianggarkan akan mempercepatkan penghantaran alat ganti yang diperlukan oleh rakan niaga MMM termasuk 52 wakil pengedar jenama itu di seluruh negara.

 

“Gudang alat ganti baharu itu terletak di lokasi strategik yang kurang mengalami kesesakan jalan raya dan mempunyai akses mudah ke Lebuhraya Persekutuan dan KESAS,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

 

“Ini membolehkan kami mempercepatkan penghantaran alat ganti kepada rakan niaga MMM dan seterusnya meningkatkan pengalaman selepas jualan pelanggan dengan mengurangkan kos,” tambah beliau.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…