Terletak di Autocity Eastwood Town Centre, fasiliti baharu ini dibangunkan dengan fokus kepada pengalaman pelanggan yang lebih lancar dan selesa. Ruang pameran direka luas dan kemas bagi memudahkan pelanggan melihat model Mitsubishi dengan lebih dekat, disertakan ruang menunggu yang selesa lengkap dengan kemudahan minuman.

Dengan keluasan 21,669 kaki persegi, pusat ini menampilkan identiti global Mitsubishi Motors serta penekanan terhadap kualiti servis. Bahagian selepas jualan diperkukuh dengan 13 service bay dan enam Body & Paint bay, dikendalikan oleh juruteknik bertauliah bagi memastikan proses diagnostik lebih efisien dan masa siap lebih pantas.

Pusat 4S ini membolehkan pelanggan menikmati keseluruhan ekosistem pemilikan kenderaan di bawah satu bumbung, daripada pembelian hinggalah penyelenggaraan.
Auto Pacifica yang telah menjadi rakan Mitsubishi sejak 2009 terus mengukuhkan kehadiran di Sarawak dengan rangkaian di Miri, Bintulu dan Kota Samarahan, disokong oleh Samling Group.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Takashi Sakamaki, pembukaan pusat ini mencerminkan komitmen jenama untuk lebih dekat dengan pelanggan di kawasan yang sedang berkembang seperti Miri, selain menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih menyeluruh dan mudah.
Pembukaan ini turut hadir seiring dengan pengenalan model SUV baharu Mitsubishi Xforce yang direka untuk memenuhi keperluan pemandu moden di Malaysia.
Pusat 4S Auto Pacifica Miri kini beroperasi di Lot 4448, Jalan Miri Bypass dengan waktu operasi Isnin hingga Sabtu dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang, manakala Ahad dari 10:00 pagi hingga 3:00 petang.
