Mitsubishi Motors Malaysia lancar SUV Outlander Sports Edition - 120 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia telah mengumumkan ketibaan model SUV Outlander Sports Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV edisi terhad yang diasaskan daripada model Outlander 2.0 liter ini hanya ditawarkan sebanyak 120 unit sahaja dengan layangan warna dua tona merah metalik digandingkan dengan bumbung sporty black. 

Berikut merupakan penambahan ciri pada SUV Outlander Sports Edition ini:

  • gril hadapan berwarna hitam
  • rim aloi hitam berkilat
  • emblem Outlander pada hud enjin
  • sistem infotainmen dual DVD
  • alas karpet berwarna merah

 

Mitsubishi Outlander dijana menggunakan enjin 2.0 liter empat silinder sebaris MIVEC yang mampu menghasilkan 145 PS dan 196 Nm sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4WD menerusi transmisi INVECS-III CVT. 

Outlander didatangkan dengan sistem intelligent 4WD sebagai ciri standard untuk kesemua varian, dengan tiga mod yang boleh dipilih - 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock - untuk disesuaikan mengikut pemanduan semasa. 

Ciri keselamatan juga tidak kalah dengan binaan kerangka Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) dengan senarai kelengkapan seperti tujuh buah beg udara SRS, ABS, EBD, Brake Assist, Active Stability and Traction Control (ASTC), bantuan mula mendaki dan cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak. 

Harga jualan Mitsubishi Outlander Sports Edition bermula dari RM142,888.00 dan didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun dan/atau jarak perbatuan tanpa had. 
 


Untuk memudahkan orang ramai melihat dengan lebih dekat Mitsubishi Outlander ini, MMM mengadakan acara 'Kid-Cool Mitsubishi Showroom Event' di sampin peluang untuk memenangi  hadiah cabutan bertuah bernilai RM800 di lokasi berikut: 
 

Kawasan

Tarikh

Masa

Lokasi pusat pameran

 

 

 

Semenanjung Malaysia

20 Oktober (Sabtu)

10.00am – 6.00pm

JM Auto Gallery (Butterworth)

21 Oktober (Ahad)

10.00am – 6.00pm

JM Auto Gallery (Sungai Petani)

27 Oktober (Sabtu)

10.00am – 6.00pm

RIF Auto (Kota Bahru)

28 Oktober (Ahad)

10.00am – 6.00pm

Lajina Motors (Kuala Terengganu)

3 November (Sabtu)

10.00am – 6.00pm

JM Auto Gallery (Alor Setar)  

4 November (Ahad)

10.00am – 6.00pm

EON Auto Mart (Bayan Lepas)

11 November (Ahad)

10.00am – 6.00pm

MM Supreme (Pasir Gudang)

8 December (Sabtu)

10.00am – 6.00pm

Ingress Motor Centre (Puchong)

9 December (Ahad)

10.00am – 6.00pm

EON Auto Mart (Melaka)

15 December (Sabtu)

10.00am – 6.00pm

EON Auto Mart (Glenmarie)

 

Malaysia Timur

28 October (Ahad)

10.00am – 6.00pm

Jimisar Autotrade (Kuching)

3 November (Sabtu)

10.00am – 6.00pm

Auto Pacifica (Miri)

1 December (Sabtu)

10.00am – 6.00pm

EON Auto Mart (Kota Kinabalu)

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Generasi baharu Outlander 2023 yang tiba lewat bulan November tahun lalu menyumbang 20 peratus…
Berita Global
Tidak mahu dicop sebagai jenama aksesori semata-mata, Ralliart kini tampil dengan sebuah model…
Berita Global
Menurut laporan terbaharu daripada Best Car Web, Mitsubishi diberitakan akan membangkitkan kembali…